in , ,

Demi Malaysia, Antara Keringat & Airmata, Dokumentari Sukan Khas Hari Malaysia di RTM

Pandemik Covid-19 memberi impak yang bermula sejak Disember 2019 sememangnya memberi impak besar kepada industri sukan apabila menyaksikan deretan stadium, gelanggang, lapangan dan arena sunyi sepi tanpa sebarang kejohanan.

Pandemik ini juga turut mengkucar-kacirkan jadual acara sukan global sehingga menjejaskan Temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo yang sepatutnya berlangsung pada Jun 2020. Penangguhan hampir setahun ini menyentapkan semangat dan emosi atlet-atlet negara.

Tiada kejohanan negara dapat disertai untuk menguji prestasi malahan sesi latihan juga hanya mampu dilakukan bersendirian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Demi Malaysia, Antara Keringat & Airmata, Dokumentari Sukan Khas Hari Malaysia di RTM

Setelah berakhirnya temasya yang dianggap paling sukar dalam sejarah pada Ogos dan September lalu, Olimpian Malaysia pulang dengan 1 perak dan 1 gangsa manakala wira-wira paralimpik turut mencipta kejayaan berharga di pentas dunia.

Namun di sebalik kecemerlangan itu sebenarnya terpahat pelbagai kisah suka duka yang menjadi memori buat 55 orang atlet negara untuk dikongsi bersama dengan seluruh rakyat Malaysia.

Demi Malaysia, Antara Keringat & Airmata, Dokumentari Sukan Khas Hari Malaysia di RTM

Saksikan paparan lanjut dan perkongsiannya dalam dokumentari khas Hari Malaysia terbitan Unit Sukan TV RTM. Program diberi tajuk “Demi Malaysia, Antara Keringat dan Airmata” pada 19 September ini, pukul 9.00 malam disiarkan menerusi saluran TV1.        

Saksikan juga siarannya bila-bila masa dan dimana sahaja menerusiportal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Caprice Dedah Terima Lebih 60 Ugutan Bunuh, Terpaksa Dikawal Ketat

Jom Raikan Tempat Tinggal yang Kita Gelar Rumah di Hari Malaysia