in ,

SALIXIUM Mampu Hasilkan Sehingga 7 Juta Unit Kit Ujian Kendiri Covid-19 Sebulan

SALIXIUM Mampu Hasilkan Sehingga 7 Juta Unit Kit Ujian Kendiri Covid-19 Sebulan Untuk Penuhi Permintaan Tinggi Dari Dalam & Luar Negara. SALIXIUM telah meningkatkan kapasiti pengeluarannya dengan pengambilan lebih 500 pekerja tempatan baru sebagai tambahan kepada 700 pekerja sedia ada (membawa kepada jumlah seramai 1200 pekerja), kebanyakannya dari golongan B40. Syarikat tersebut juga telah melabur lebih dari RM10 juta untuk tujuan ini.

SALIXIUM hari ini mengumumkan bahawa ia mampu menghasilkan sehingga 7 juta unit kit kit ujian kendiri rapid antigen COVID-19, SALIXIUM COVID-19 Rapid Antigen Test (Sampel calitan Air Liur/Hidung) (SALIXIUM) sebulan untuk memenuhi permintaan yang semakin tinggi di Malaysia dan pasaran antarabangsa.

Dengan itu, SALIXIUM telah meningkatkan kapasiti pengeluarannya dengan pengambilan lebih 500 pekerja tempatan baru sebagai tambahan kepada 700 pekerja sedia ada (membawa kepada jumlah seramai 1200 pekerja), kebanyakannya dari golongan B40. Syarikat tersebut juga telah melabur lebih dari RM10 juta untuk tujuan ini.

Dilancarkan ke pasaran pada bulan Julai tahun ini dan boleh didapati dengan mudah di farmasi dan fasiliti kesihatan yang berdaftar seluruh negara, SALIXIUM adalah produk buatan Malaysia pertama dari jenisnya dan telahpun diluluskan untuk penjualan di Malaysia oleh KKM.

SALAXIUM MAMPU HASILKAN SEHINGGA 7 JUTA UNIT KIT UJIAN KENDIRI COVID-19

SALIXIUM menggunakan teknologi immunoassay aliran lateral untuk mengesan
antigen SARS-CoV-2 dalam spesimen swab air liur dan dinding bahagian dalam hidung. Ia boleh digunakan oleh makmal perubatan atau pekerja kesihatan bagi ujian tempat rawatan (point-of-care) dan ujian kendiri oleh umum di rumah.

Berlainan daripada kit ujian kendiri yang juga telah berada di pasaran, SALIXIUM memerlukan pengguna mendapatkan dua sampel spesimen swab air liur dan bahagian dalam hidung yang meningkatkan kadar pengesanan jumlah virus atau viral load pengguna.

Hasil ujian menunjukkan bahawa ukuran sensitiviti SALIXIUM adalah 91.23% dan ukuran spesifikasi adalah 100% menjadikan ianya antara yang paling tepat di pasaran. Ia juga telah melepasi penilaian berdasarkan hasil ujian makmal yang dikeluarkan oleh Institute of Medical Research (IMR).

SALAXIUM MAMPU HASILKAN SEHINGGA 7 JUTA UNIT KIT UJIAN KENDIRI COVID-19

Menurut Ezuan Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama MeDKAD,

“Ujian yang kerap adalah respon yang begitu kritikal selagi kita berada di dalam situasi pandemik COVID-19 dan produk kami, SALIXIUM, dapat membantu mengesan kehadiran virus di tempat rawatan.

Dengan pelaburan dan perancangan pembangunan ini, SALIXIUM optimis ia mampu menghasilkan sehingga 7 juta unit kit ujian kendiri sebulan untuk memastikan agar rakyat, tanpa mengira pendapatan, mempunyai akses kepada produk kami.

Dengan jumlah volum yang tinggi serta kepantasan dalam penghasilan produk, ia mendemonstrasikan impak yang positif bagi inisiatif ini.

Harapan kami agar ia dapat bergerak selari dengan kejayaan-kejayaan lain yang bakal dicapai dari segi vaksin COVID-19 dan lain-lain infrastruktur berkaitan”.

– Ezuan Yaacob
SALAXIUM MAMPU HASILKAN SEHINGGA 7 JUTA UNIT KIT UJIAN KENDIRI COVID-19

“Dengan harga yang kompetitif dan kualiti produk yang setanding dengan produk antarabangsa, kami juga berharap agar usaha ini dapat membantu lebih ramai penduduk dari negara berpendapatan rendah dan pertengahan untuk turut mendapat akses kepada produk ini justeru dapat menjalankan ujian sebagaimana penduduk lain yang berkemampuan.

Ini juga berpotensi untuk membantu negara memberi respon yang pantas serta efektif kepada pandemik yang berlarutan.

Di MeDKAD, kami akan meneruskan usaha untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi dan sentiasa berinovasi untuk memerangi virus COVID-19, dan menyumbang kepada situasi sosioekonomi negara”.

– Ezuan Yaacob
SALAXIUM MAMPU HASILKAN SEHINGGA 7 JUTA UNIT KIT UJIAN KENDIRI COVID-19

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.medkad.com /www.salixium.com .

Ikuti perkembangan terbaru SALIXIUM melalui media sosial dengan nama SALIUM TEST KIT di Instagram, Facebook dan Twitter.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KAMPONG PISANG KITA SETANDAN, Sebuah Filem Pendek Istimewa Arahan Mamat Khalid

Discovery, Inc. Akan Siar ‘Fearless: Rise Of The Southern Tigers’ di Asia Tenggara