Dalam sesi Instagram Live NR4FRIDAYS, Anzalna Nasir bertindak sebagai moderator dan bertanyakan soalan-soalan untuk perkongsian ramai tentang pengorbanan Encik Khairudin Zaini yang bertugas sebagai jururawat di salah sebuah hospital tempatan. Sesi selama hampir 2 jam itu turut dihadiri oleh Hilal Azmi, wartawan jemputan dan Encik Jaleel serta Puan Radhiah Ahmad, Ketua Strategi dan Inovasi NR dari NR selaku penganjur temubual.
Beberapa kali menyeka air mata, baik Anzalna mahu pun Khairuddin, ini berlaku ketika jururawat tersebut menyentuh tentang anaknya yang jauh di mata dan sudah lama tidak ditemui. Naluri keibuan Anzalna yang mempunyai seorang cahaya mata membuatkan dia faham perasaan rindu dan kasih sayang seorang bapa kepada anaknya.
“Saya juga tinggalkan anak saya yang memerlukan jagaan rapi sebenarnya. Jadi saya harap rakyat Malaysia sama-sama lah kita berjuang. Anak saya yang ketiga adalah anak istimewa, anak sindrom down yang memerlukan oksigen di rumah, makan memerlukan tiub. Tahun lepas hampir setahun terlantar di ICU . Mungkin ini masanya saya membalas semula jasa kakitangan ICU yang berkhidmat di lapangan ICU,” ujar Encik Khairuddin yang meninggalkan keluarga di Johor Bahru untuk bertugas di Selangor.
Terdahulu, Anzalna turut melahirkan rasa sungguh berbangga dan terharu kerana berpeluang menemuraha jururawat lelaki tersebut kerana merasakan dirinya sangat dekat pada isu-isu kemasyarakatan, terutama sekali pengorbanan frontliners bertugas mendepani wabak Covid-19.
Tajuk dan tetamu undangan malam di sesi IG Live NR4FRIDAYS tersebut dirasakan sangat istimewa buat Anzalna.
Anzalna turut meminta pandangan dan nasihat Khairudin tentang masyarakat yang degil dan tidak peka tentang bahaya Covid-19, malah ada juga yang enggan mengambil vaksin.
Khairuddin menjawab dengan tenang seraya berkata, “ Pertama kita kena bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan kehidupan sebegini walaupun dalam pendamik. Semua orang melalui kesusahan bukan saja kita seorang. Semua isi rumah mengalami kesukaran. Kita harus tangani bersama-sama.-Ikut saranan kerajaan dan pematuhan SOP. Pastikan vaksin keluarga selengkapnya dan perlu ingat bahawa kadang kala kita terlepas pandang benda remeh yang menjadi punca jangkitan covid.”
Lebih menyentuh perasaan apabila sambil memegang uniform yang disarungnya, dengan bangganya Khairudin menyatakan bahawa uniform yang dikenakan itu merupakan satu azimat. Katanya sesiapa juga yang menyarungkan uniform ini,pasti mampu dan boleh melakukan semua perkara.
Tambahnya mengakhiri perbualan,”Saya rasa rendah diri bila di angkat sebagai frontliner kerana bagi saya andalah frontliner . Anda sendiri yang jaga diri jaga keluarga. Kami ni berada di belakang, bila anda jatuh itulah tempat kami ada. Bila anda sihat semua, andalah di depan. Saya harap anda tidak jatuh. Bina ekonomi dalam masa yang sama jaga kesihatan. Moga Malaysia akan kembali seperti dahulu.
Sebagai informasi NR atau NONA ROGUY buat julung-julung kalinya telah melancarkan program amal NR4FRIDAYS bersama rakan-rakan strategik dengan objektif menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan buat petugas barisan hadapan yang telah berkorban masa, tenaga dan komitmen menyumbang bakti buat negara dalam menangani wabak Covid-19. NR4FRIDAYS juga berinspirasi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang pentingnya menjaga kesihatan dalaman dan luaran semasa negara melalui fasa pemulihan pandemik Covid-19.
NR4FRIDAYS merupakan inisiatif yang bukan bersifat keuntungan dan akan memfokuskan kepada:-
- 4 siri sumbangan makanan/keperluan asas untuk petugas barisan hadapan
- 4 siri IG LIVE Amal bersama Rakan Selebriti NR
- NR4FRIDAYS digunakan sebagai tema sumbangan NR bersama rakan adalah kerana, sumbangan ini akan dijalankan selama empat minggu pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan September ini. NR4FRIDAYS mengambil inisiatif sumbangan pada hari Jumaat kerana mengambil keberkatan Jumaat sebagai penghulu segala hari bagi mendapatkan kerahmatan dan keistimewaan dalam menjalankan aktiviti amal jariah.
NR dan rakan juga akan menganjurkan Program IG Live Amal NR4FRIDAYS dan telah mengaturkan empat siri di platform Instagram secara “cross live” bersama rakan selebriti secara 4 minggu berturut-turut dijadualkan pada setiap hari Jumaat 9 malam.
- Anzalna Nasir 10 September 2021
- Farah Nabilah 17 September 2021
- Betty Rahmad 24 September 2021
- TBC. 1 Oktober 2021
Program IG Live Amal NR4FRIDAYS ini akan berkongsi dan menyentuh pelbagai isu berkaitan kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental semasa tempoh kawalan kendiri ketika wabak Covid-19 melanda negara. Selain daripada itu IG Live Amal NR4FRIDAYS memberi peluang untuk followers berinteraksi bagi mengupas dan membuat perkongsian ilmiah mengenai Covid-19.
Q&A points: Anzalna, Encik Khairudin dan Hilal Azmi
NR4FRIDAYS
- ANZALNA: Dimaklumkan En. Khai terpaksa meninggalkan keluarga untuk bertugas di Unit ICU Hospital Sungai Buloh. Kongsilah sedikit mengenai keluarga?
- Saya dan frontliner yang lain memikul ini sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada kami.
- Kalau diberikan kepada anda juga anda akan buat seperti kami juga.
- Kedatangan saya ke Hospital Sg Buloh adalah sebagai salah satu Program Mobilisasi Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Sebelum ini saya bekerja di Kolej Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Sebab kes covid di Selangor meningkat mendadak jadi kami di kerah untuk kesini untuk menangani covid di sini.
- Selama 2 bulan sehingga keadaan menjadi baik.
2. ANZALNA: Mesti macam-macam bermain di fikirankan semasa dapat arahan bertugas jauh dari keluarga, boleh kongsi perasaan selepas dapat tahu kena dapat assignment ke Hospital Sungai Buloh, Unit ICU Covid-19 pulak tu.
– Apabila mendapat arahan semua orang terkejut dan macam-macam bermain di fikiran. Tetapi ini merupakan satu amanah dan saya berharap ini akan menjadi satu contoh kepada anak-anak.
– Saya juga harap pelatih-pelatih bawah saya dapat mengambil teladan dengan apa yang saya lakukan.
– Saya juga tinggalkan anak saya yang memerlukan jagaan rapi sebenarnya. Jadi saya harap rakyat Malaysia sama-sama lah kita berjuang.
– Anak saya nombor 3 adalah anak istimewa, anak down sindrom yang memerlukan oksigen di rumah, makan memerlukan tiub. Tahun lepas hampir setahun terlantar di ICU . Mungkin ini masanya saya membalas semula jasa kakitangan ICU yang berkhidmat di lapangan ICU.
3. (Soalan Hilal) Ada antara pesakit covid ini tidak bersalah kerana mereka dapat dari orang lain. Apa pandangan En. Khai tentang mereka ini?
– Kebanyakkan peaskit ini ditidurkan kerana berada di ICU.
– Jadi saya tidak punya kesempatan untuk berbual lebih dengan mereka.
– Layanan yang diberikan kepada mereka adalah sama-rata dan terbaik kerana mana ada orang yang nak sakit.
– Kita akan bagi motivasi dan sokongan kepada mereka bila mereka sedar/bangun dan kembali pulih.
4. ANZALNA: Anzalna dimaklumkan Isteri En. Khai seorang jururawat juga, macam mana ya isteri bahagikan masa untuk jaga anak-anak semasa En.Khai tiada dirumah, Ada terima bantuan atau sokongan moral support dari keluarga atau rakan-rakan?
– Saya dikurniakan support system yang baik. Pak Cik dan Mak Cik saya datang jaga saya balik hari setiap hari. Saya juga ada mak saya sebagai peneman kepada keluarga saya.
– Selain itu kawan-kawan saya juga banyak membantu kalau ada keperluan spt kalau mak saya sakit ke, kawan-kawan tolong hantar. Macam mak saya vaksin dua kali kawan saya yang tolong.
– Di belakang seorang frontliner yang bertugas ada berpuluh lagi yang membantunya.
5. (Soalan Hilal) Bila bercakap pasal rindu,macam mana En. Khai pulak memberi sokongan kepada kawan-kawan masa En Khai buat kerja.
– Saya harap apa yang saya buat ini secara tidak langsung memberi inspirasi kepada orang lain yang akan kena mobilisasi ini di masa hadapan.
– Bila sibuk dan fokus untuk merawat pesakit, sedikit sebanyak dengan cara itu dapat merawat kerinduan terhadap anak dan keluarga. Dan kadang-kadang bila sibuk ,kita lupa pasal rindu.
6. Anzalna nak minta En.Khai nasihat sikit pada masyarakat kita yang degil dan tak peka tentang bahaya Covid-19 ni, ada yang sampai taknak ambil vaksin, boleh bagi nasihat tak? Sebab pengalaman dan cabaran En.Khai lalui selama 2 bulan ni amat bermakna untuk kita jadikan pedoman dan tauladan.
– Pertama kita kena bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan kehidupan sebegini walaupun dalam pendamik. Semua orang melalui kesusahan bukan saja kita seorang. Semua isi rumah mengalami kesukaran.
– Kita harus tangani bersama-sama.
– Ikut sarana kerajaan .
-Ikut pematuhan SOP.
-Vaksin keluarga selengkapnya.
– Kadang-kadang kita terlepas pandang benda remeh yang menjadi punca jangkitan covid.
7. (Soalan Hilal) Bagaimana perjalanan satu hari En Khai semasa bertugas bermula dari masuk kerja sehingga habis waktu bertugas?
– Kita ada 3 shift (pagi, petang dan malam)
– Dalam seminggu ada 3 hari kerja pagi. Ada petang naik malam…
-Bila masuk kerja kita terus pakai PPE di Sg Buloh.
-Pagi kita mula bersihkan pesakit kita (termasuk gosok gigi, keluarkan kahak dan bagi makan)
– 24 jam pesakit kita dijaga.
8. (Soalan Hilal) Apakah cabaran menjadi jururawat lelaki semasa pendamik covid ini?
– Jururawat lelaki ditunggu-tunggu lah sebab banyak tenaga yang diperlukan.
-Manpower yang memerlukan tenaga lelaki seperti mengangkat pesakit.
– Melakukan kerja-kerja berat yang perempuan tidak mampu buat.
9. Boleh ceritakan mengenai proses pemilihan untuk Program Mobilisasi.
-Sebelum ini saya diletakkan di wad covid biasa di Hospital Sultan Ismail Johor Baharu, kemudian ke ICU.
– Kemudian ke ICU Sg. Buloh.
– Saya kutip pengalaman supaya saya dapat berkongsi semula dengan pelatih saya di kemudian hari.
10. (Soalan Hilal) Bila amasa tinggal anak, bagaimana En Khai manage supaya rasa rindu terhadap anak itu terubat?
– Dengan teknologi yang kita ada ni kita sentiasa rasa dekat.
– Saya akan video call dari mula naik kereta, sampai rumah, masuk dan makan. Saya akan video call dan tunjuk apa aktiviti saya dan melihat aktiviti anak-anak saya termasuk lah monitor homework anak-anak saja.
– Bukan saya saja yang menghadapi cabaran tetapi anak-anak saya juga menghadapi cabaran dengan kelas online semua ni.
11. Apa pandangan En. Khai apabila rakyat Malaysia mendoakan frontliner?
– Sumber kekuatan
– Saya rasa rendah diri bila di angkat sebagai frontliner kerana bagi saya andalah frontliner . Anda sendiri yang jaga diri jaga keluarga. Kami ni berada di belakang, bila anda jatuh itulah tempat kami ada. Bila anda sihat semua, andalah di depan.
– Saya harap anda tidak jatuh. Bina ekonomi dalam masa yang sama jaga kesihatan. Moga Malaysia akan kembali seperti dahulu.