in ,

Astro Siar Tayangan Eksklusif ALL TOGETHER NOW MALAYSIA

Program realiti ALL TOGETHER NOW MALAYSIA rai semangat muhibah dan kebersamaan rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun Astro ke-25.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan ulang tahun ke-25 dan tanda penghargaan buat para pelanggan yang setia, Astro dengan berbesar hati membawakan tayangan ‘All Together Now Malaysia’ atau ‘ATNMY’ secara eksklusif di saluran Astro Ria dan platform digital.

Menepati tagline ‘Bersatu Dengan Lagu’ dan konsep program realiti yang mengangkat semangat muhibah dan kebersamaan di kalangan rakyat Malaysia, pentas ‘ATNMY’ bakal dibuka dengan sebuah episod istimewa Astro ke-25 yang dijadualkan untuk bersiaran secara eksklusif pada hari Sabtu, 11 September 2021, jam 10.00  malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Manakala konsert mingguan selama 10 minggu pula akan mengisi slot hari Ahad, jam 9.00 malam bermula dengan tayangan konsert minggu pertama pada 12 September 2021.

Menurut Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro yang mewakili saluran Astro Ria, “Alhamdulillah, kini segalanya telah selesai dan kami ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat. Justeru, fokus penting yang menjadi keutamaan kami adalah untuk bergerak ke hadapan demi memastikan variasi kandungan terbaik dapat terus disajikan khusus buat pelanggan kami.

Para penonton bakal disajikan dengan tayangan episod istimewa ‘ATNMY’ secara eksklusif yang menampilkan bintang-bintang kelahiran program hiburan popular terbitan Astro seperti Akademi Fantasia, Big Stage, Maharaja Lawak Superstar, The Masked Singer Malaysia, Gegar Vaganza, Ceria Popstar, Kilauan Emas, Golden Melodies dan sebagainya. Ini diikuti dengan tayangan musim pertama bermula Ahad ini selama 10 minggu yang pastinya sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga.”

Untuk makluman, program realiti ‘ATNMY’ ialah sebuah pertandingan nyanyian adaptasi daripada format antarabangsa popular ‘All Together Now’ yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One. Malaysia merupakan negara ke-17 di dunia dan yang pertama di Asia Tenggara menerbitkan program ini untuk versi tempatan.

Selebriti popular, Sherry Al Hadad menggalas tanggungjawab selaku hos pentas utama. Manakala program kapsul ‘Di Sebalik All Together Now Malaysia’ pula dikendalikan oleh gandingan Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar.

Pengacara, Aswad Jalil dan personaliti media sosial yang ini bergelar pelakon, Norreen Iman pula digandingkan sebagai ‘Hos’ program ‘All Together Now Malaysia Live Plus’ yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Seramai 50 juri daripada barisan penggiat seni tersohor tanah air merangkumi pelbagai cabang seni yang berbeza seperti penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio, pengacara dan personaliti media sosial telah dilantik untuk mengadili program ini yang diketuai oleh selebriti popular Dato’ AC Mizal selaku ‘Kapten Juri’.

Nasib para peserta akan diadili oleh barisan 50 juri profesionalberdasarkan sistem penjurian kalah mati. Setiap juri mewakili dua markah. Dua peserta yang mendapat markah tertinggi pada setiap episod akan mara ke peringkat akhir ‘ATNMY Final’ untuk merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Penerbitan ‘ATNMY’ turut disokong oleh Gempak dan Ria X yang turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA, HITZ dan RAAGA pula hadirsebagai Rakan Radio Rasmi.

SENARAI PENUH BARISAN 50 JURI ‘ATNMY’:

1. Dato’ AC Mizal

  1. Syamel
  2. Ernie Zakri
  3. Mark Adam
  4. Noryn Aziz
  5. Erra Fazira
  6. Tuju [K-Clique]
  7. Siti Nordiana
  8. Zizan Razak
  9. Tabby [Dolla]
  10. Khai Bahar
  11. Zizi Kirana
  12. Jaclyn Victor
  13. Linda Nanuwil
  14. Andi Bernadee
  15. Bob Yusof
  16. Nana Mahazan
  17. Shiha Zikir
  18. Sissy Imann
  19. Chubb-e
  20. Mimi Fly
  21. Aina Abdul
  22. Ifa Raziah
  23. Sarah Suhairi
  24. Catriona Ross
  25. Azzam Sham
  26. Dafi Ismail 
  27. Ara Johari
  28. Azira Syafinaz [DeFam]
  29. Liza Hanim
  30. Yusuf Bahrin
  31. Angel [Dolla]
  32. Joey Daud
  33. Acong 
  34. AzfarHeri
  35. Yaya Zahir
  36. Kelly Azman
  37. Jad Lobo
  38. Harith Zazman
  39. Kaka Azraff
  40. Haniff Hamzah [ERA]
  41. Falyq Hikyle [SINAR]
  42. Ean [HITZ]
  43. Suresh [RAAGA]
  44. Alvin Chong
  45. Daniel Cheang 
  46. Vanessa Reynauld
  47. Neeta Manisha
  48. Thanuja
  49. Kidd Santhe

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rozita Che Wan Jadi Duta Himaya Premium Hijab Medical Face Mask

Anak Shahrol Shiro Mengidap Penyakit Buah Pinggang di Tahap Kronik