in , ,

Jom Tebarkan Aura Hari Malaysia 2021 Bersama Drama-Drama Terhebat!

Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus menyebarkan aura semangat dan kemeriahan sambutan Hari Malaysia yang bakal disambut 16 September depan dengan mengangkat tayangan drama-drama terbaik mengisi slot Panggung RTM.

Empat drama khas yang disiarkan menerusi saluran TV1 ini sarat dengan suntikan elemen perjuangan, jati diri, perpaduan dan kekeluargaan ini pastinya pada masa sama menambah rasa kecintaan semua terhadap tanah tumpah negara kita.

Perauk Tambang poster

Tanggal 16 September ini diraikan dengan tayangan panggung khas, “Perauk Tambang”, pukul 11.00 pagi yang menonjolkan konflik berlaku apabila Pak Tambang tetap mahu meneruskan pekerjaan membawa perahu tetapi anaknya Zamin tidak bersetuju. Ini kerana bagi Pak Tambang, perahunya banyak menyimpan kenangan sebaliknya Zamin mahu ayahnya berehat di rumah dengan faktor usianya yang sudah tua. Drama arahan Dato’ Jurey Latif Rosli ini menampilkan pelakon utama Azam Pit, Mubarak Majid, dan Elisha Sandha.

Saksikan tiga lagi drama mengisi slot Panggung RTM setiap Sabtu, pukul 9.00 malam iaitu “Bukan Lelaki Biasa” pada 11 September ini, ‘Raja Sungei” (18 September ini), dan “Baju Jersi Amar” (25 September ini).  

Bukan Lelaki Biasa

Ikuti kisah “Bukan Lelaki Biasa” membawa kisah Mujahid Delwar, seorang lelaki berasal dari Dhaka yang berhijrah ke Malaysia akibat krisis pengangguran di Bangladesh. Walaupun mempunyai ijazah, di Malaysia Mujahid bekerja sebagai pembantu kedai mamak, pencuci bangunan serta pengawal keselamatan. Namun, akibat sikap lurus dan berterus-terangnya, Mujahid sering dibuang kerja kerana caranya tidak disukai oleh ketuanya. Bagaimanakah kehidupan Mujahid? Mampukah Mujahid memperbaiki kehidupannya? Saksikan lakonan Radhi Khalid, Catriona Ross, Idris Khan, Fendy Bakry, Hafeez Mikail, Nad Zainal, dan Azhar Amir.

Raja Sungei

Sementara itu dalam “Raja Sungei” pula berkongsi plot cerita watak utama iaitu Adam kembali ke kampung untuk urusan tanah pusaka peninggalan ayahnya. Kampung Adam merupakan jaguh dalam pertandingan lumba perahu suatu ketika dahulu kerana sering merangkul takhta Raja Sungai pada setiap temasya. 

Namun, segalanya berubah ketika kemalangan yang mengakibatkan ramai pendayung terkorban pada temasya 30 tahun lalu. Ayah Adam telah dipersalahkan dalam bencana ini. Adam berniat untuk menembalikan zaman kegemilangan kampungnya dalam lumba perahu. 

Berjayakah Adam menyatukan semula semangat penduduk kampung? Pasukan manakah yang bakal merangkul gelaran Raja Sungai? Saksikan lakonan Anding Indrawani, Melati Mellisa, Zielan Madinil dan Wahab Daszz Hairaf.

Baju Jersi Amar

Menarik dibawakan dalam drama “Baju Jersi Amar” pula kisah Amar yang mempunyai impian besar. Namun sejak kematian ibu dan bapa, dia dibesarkan oleh datuknya, Pokwe. Semakin hari, pelajaran Amar semakin merosot. Pokwe bersungguh-sungguh meminta Amar ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Dr. Aizat. Siapakah Dr. Aizat? Saksikan lakonan Raja Atiqull, Fimie Don, Wan Hanafi Su, Esma Daniel, Mustaqim Bahadom, Watie Sadali dan Didie Astillah.

Saksikannya siaran bila-bila masa dan dimana sahaja menerusiportal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertama Kali Naik Van Polis, Caprice Akhirnya Tiba di Malaysia

AZHAN RANI

KAMPUNG LATAH KENA KUARANTIN Filem Pertama Tonjol Gelagat Komedi Latah