Nampaknya ini adalah satu berita baik buat anda yang rindu sangat nak tengok wayang, khabarnya pengusaha pawagam sudah bersedia untuk kembali beroperasi.
Ketika bercakap kepada Astro Awani, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas (GSC) Group, Koh Mei Lee berkata, mereka sudah bersedia untuk beroperasi dan akan memastikan pengunjung serta kakitangan pawagam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang berada di kawasan pawagam.
Pengusaha panggung wayang juga meletakkan syarat hanya individu yang sudah lengkap divaksinasi sahaja dibenarkan memasuki pawagam.
“Kami bersedia untuk beroperasi. Saya rasa masa terbaik adalah secepat mungkin kerana kami sudah bersedia untuk beroperasi. Kami selenggara pawagam kami mempunyai sekitar 97 peratus kakitangan yang diberi vaksin sepenuhnya. Saya ingin menekankan mengenai SOP yang ada.”
“Pawagam selalu mempunyai SOP yang ketat tetapi untuk pembukaan semula ini, kami hanya akan membenarkan pelanggan yang diberi dua dos vaksin sahaja untuk masuk. Sijil digital MySejahtera akan menjadi syarat untuk masuk,” kata Mei Lee.
– Koh Mei Lee
Jika dilihat pada situasi semasa, dimana banyak sektor ekonomi dibenarkan kembali beroperasi, sudah tiba masanya untuk kerajaan membenarkan pembukaan pawagam. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada ribuan kakitangan dalam industri tersebut, tetapi memberi peluang kepada rakyat yang sudah divaksin penuh, untuk bersantai sambil menonton filem-filem terbaru di pawagam.
Rakyat Malaysia telah terkurung lebih dari setahun sekarang.
“Kami merayu agar panggung wayang dibuka kerana kami ingin memberi peluang kepada rakyat yang sudah divaksin penuh, satu tempat yang kosnya berpatutan dan selamat untuk hilangkan tekanan, bersantai dan sekali gus memenuhi kesihatan emosi dan mental mereka yang terjejas teruk selama ini.
“Saya juga ingin menekankan bahawa, kita adalah salah satu industri yang mempunyai SOP yang paling ketat,”
– Koh Mei Lee
Sementara itu, Mei Lee juga berharap kerajaan mengecualikan cukai hiburan sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun selepas mereka kembali beroperasi dan pengurangan cukai untuk tahun-tahun berikutnya.
“Industri pawagam adalah industri yang dikenakan cukai tinggi… sekarang cukai (dikenakan) adalah 25 peratus. Jika dapat menurunkannya menjadi lima peratus, seperti apa dilakukan kepada taman tema, ia bagus untuk kami.
– Koh Mei Lee
Tambahan pula, sehinggakini masih lagi tiada kluster pawagam, dan dengan SOP yang ketat dan hanya membenarkan pengunjung yang lengkap vaksinasi, diyakini pawagam akan menjadi tempat untuk dikunjungi.
Memetik ciapan Golden Screen Cinemas @GSCinemas yang memohon orang ramai mencadangkan pengoperasian semula pawagam, Annuar memaklumkan, kerajaan bakal mengumumkan sesuatu berkaitan industri itu dalam masa terdekat.