QSR Trading Sdn Bhd (QSRT), sayap penjualan, pemasaran dan perdagangan QSR Brands dan juga pendorong KFC dan Pizza Hut Malaysia baru-baru ini telah melancarkan produk yang tahan disimpan iaitu mi kering berbentuk lidi, mudah disediakan dan pilihan terbaik buat semua pencinta mi.
Mi ARONA diperbuat daripada gandum import yang berkualiti tinggi, mengandungi seratus peratus bahan semula jadi dan berasaskan sayuran – dengan tekstur lembut, kenyal dan kualiti tekstur yang hampir sama dengan mi Jepun (Ramen), ia begitu mudah untuk disediakan dan serasi dengan pelbagai cara masakan – sama ada bergoreng ataupun berkuah.
Mi ARONA menawarkan cara masak yang mudah kepada semua pencinta mi, kerana ianya bukan sahaja cepat dimasak malah mudah bagi sesiapa sahaja untuk menyediakan hidangan mi kegemaran mereka.
Kepada golongan dengan gaya hidup produktif, pasti akan menyukai cara mudah penyediaan mi ini yang cuma memakan masa sebanyak 4-5 minit. Dengan tempoh jangka hayat 18 bulan, produk mi ini boleh dibeli dan juga disimpan untuk dinikmati bila-bila masa mengikut keinginan anda.
“Kami di QSRT memahami bahawa dengan keadaan pandemik yang berterusan, ramai yang cuba untuk menyediakan dan menikmati makanan yang lebih sihat di waktu-waktu ini. Kami berharap mi ARONA akan memudahkan lagi kerja anda di dapur serta memberi alternatif yang lebih sihat untuk dimasak di rumah,”
“Mi ARONA merupakan produk yang berkualiti, dihasilkan daripada tepung gandum yang diimport, dengan kandungan asli dan bahan-bahan terpilih dan menggunakan teknologi dan peralatan terkini untuk memastikan ianya seratus peratus selamat untuk dimakan dan memberi kepuasan kepada pelanggan,”
– Chan Chong Thye, Pengurus Besar, QSR Trading Sdn Bhd.
Penyediaannya juga cepat dan ringkas – Langkah pertama, rebus mi dalam air mendidih selama kira-kira 4-5 minit, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Mi serba-serbi ini boleh dimasak dengan pelbagai cara, sama ada sup, kuah atau digoreng mengikut citarasa dan selera anda.
Ianya juga sesuai untuk dijadikan hidangan sihat yang menyelerakan seperti Salad Mi kerana mi ARONA mempunyai keenakan yang terserlah apabila digabungkan dengan sayur-sayuran pilihan anda.
Mi ARONA tersedia dalam 3 citarasa berbeza – Original, Oat, dan Labu, dijual dengan harga RM3.80 setiap paket (250g). Mi ARONA kini boleh didapati melalui pembelian atas talian di platform Shopee dan Lazada serta pasaraya-pasaraya besar atau sederhana dan juga pasar pasar mini terpilih. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web QSRT di www.qsrtrading.com.my.
Mengenai QSR Trading Sdn Bhd (QSR Trading):
QSR Trading Sdn Bhd adalah sayap penjualan, pemasaran dan perdagangan QSR Brands (M) Holdings Bhd, juga merupakan pendorong di belakang restoran KFC dan Pizza Hut di Malaysia. Ia memasar dan mengedarkan produk sejuk-beku berasaskan ayam di bawah jenama “AYAMAS” serta pelbagai jenama dalaman seperti Golden Nuggets, Breaded Chicken Drummets and Mid Wings, Crispy Fried Chicken, Chicken Meatballs, Quikburger dan Premium Chicken Frankfurters. Ia juga telah meluaskan penawarannya selain produk berasaskan ayam seperti LIFE, AYAMAS KITCHEN, FATBOI, AMY dan BAKERS’ STREET. Di samping itu, syarikat ini juga terlibat dalam pemasaran dan pengedaran jenama milik pihak luar seperti KEWPIE, DIVELLA dan LACTIMA di pasaran domestik dan peringkat antarabangsa. QSRT telah memenangi banyak anugerah dan pensijilan, seperti anugerah QUDAL (QUality MeDAL), sebagai pengiktirafan kepada AYAMAS sebagai Jenama Terbaik dalam kategori Frankfurters berkualiti tinggi untuk 2016/2017 dan Anugerah Best Buy Award 2017/2018 untuk makanan sejuk beku. Syarikat ini juga menerima Anugerah The Asia Pacific International Entrepreneur Excellence Award dalam kategori Excellence Brand, Excellence Product, Excellence Leadership and Excellence Service Quality. QSRT akan terus memperkukuhkan kehadirannya secara rantau melalui pengembangan pasaran eksport sambil memanfaatkan pengenalan produk baru dalam kategori makanan tahan disimpan atau shelf-stable. Selain menyediakan produk produk berkualiti, syarikat ini juga berbangga dengan perkhidmatan mereka dan sentiasa berdedikasi untuk menjaga dan meningkatkan kaliber kesemua jenamanya.
Mengenai QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands):
QSR Brands merupakan operator francais kepada lebih 850 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja. Ia juga merupakan pemilik francais kepada lebih 480 konsep restoran dan penghantaran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura. Selain operasi restoran, ia juga terlibat dalam pembiakan baka ayam, perladangan ayam kontrak, penetasan telur ayam, pengeluaran dan pemprosesan daging ayam serta perniagaan sampingan seperti pemprosesan roti, commissary dan pembuatan sos. Ini menjadikan QSR sebagai pengendali makanan tunggal dan pertama yang bersepadu sepenuhnya di Malaysia. QSR dan semua subsidiarinya memberi jaminan pematuhan halal penuh kepada semua para pelanggannya. Setiap aspek pembuatan makanan adalah mengikut kawalan yang ketat dan hanya menerima sijil-sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta mematuhi MS1500:2009