Terbaru, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kedua-dua individu itu selesai diambil keterangan menerusi emel semalam.
“Kita sudah menghantar soalan-soalan yang perlu dijawab kepada mereka pada 29 Ogos lalu dan mereka selesai menjawab semua soalan diberikan oleh pegawai penyiasat yang menyiasat kes ini.
“Kita kemudian menerima emel balas bersama jawapan dari kedua-dua individu berkenaan. Kedua-dua mereka memberikan kerjasama yang baik,”
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya
Terdahulu, pendakwah, Ebit Lew dilaporkan hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan isu terbabit.
Sebelum ini, pendakwah terkenal itu turut menafikan dakwaan Muhammad Nadir yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza.
Ebit turut menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah melampau.