Menurut Aishah, tiub pernafasananya dibuka pagi tadi apabila tahap oksigennya dilihat stabil, namun sebaik sahaja dia kembali ke katil selepas ke tandas, paras oksigennya turun mendadak.
“Pagi tadi oksigen level saya 98, mereka cuba nak buka oksigen tapi bila ke tandas dan balik ke katil oksigen level terus turun mendadak ke 88, terpaksa pakai oksigen semula baru naik semula ke 95,”
– Aishah
Aishah turut meluahkan rasa bimbang apabila melihat pesakit lain dibawa ke tempat lain untuk ditidurkan dan memohon pengikutnya mendoakan agar dia tidak melalui perkara sama.
“Ya Allah mental tak kuat hari Ini, bila melihat patient depan saya dibawak naik untuk diintubate (ditidurkan). Ya Allah teman-teman tolong doakan saya tak sampai kesitu kena intubate.
“Saya takut, saya masih banyak tanggungjawab pada family yang belum selesai,anak-anak saya banyak lagi hal yang tak selesai. Sangat mengharapkan doa kawan-kawan Ampunkan dosa-dosa saya sekiranya pernah terkasar katadan sebagainya,”
– Aishah
Isnin lalu, Aishah yang positif Covid-19 dikejarkan ke Hospital Ampang berikutan paras oksigen menurun kepada 92 peratus.