Bagaimanapun, kakak kepada Aprena Manrose itu memilih tidak berkongsi atau menggembar-gemburkan soal penghijrahannya itu.
“Sebenarnya, saya segan dan tidak terlalu terbuka berkongsi soal penghijrahan. Saya lakukannya kerana Allah SWT.
“Ya, saya mengesahkan sudah bertudung. Cukuplah komen ringkas, selebihnya saya harap terus istiqamah dalam perjalanan kehidupan baharu ini,”
– Oktovia Manrose
Mengenai dunia lakonan, Oktovia atau nama sebenarnya, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman bersyukur, segala tuntutan kerjaya seni sudah diselesaikan sebelum membulatkan tekad bertudung.
“Semua tugasan lakonan sudah diselesaikan. Jadi, saya tidak berhutang lakonan lagi.
“Jika ada rezeki berlakon, saya terpaksa menangguhkan keinginan ini. Saya percaya rezeki Allah luas, insya-Allah.
“Saya ingin fokus dalam beribadah dan mencari keredaan Allah. Saya mahu memberi tumpuan memperbetulkan diri sendiri. Soal kehidupan dunia akan datang kemudian hari,”
– Oktovia Manrose
Pelakon drama Hari Kita Jatuh Cinta itu berkata, dia mahu menjadi Oktovia baharu, bukan seperti dahulu.
“Jika ada rezeki lakonan, saya juga akan mempertimbang watak bersesuaian selepas penghijrahan,”
– Oktovia Manrose
*Sumber: Berita Harian