in ,

Penyanyi Lagu Ayam Den Lapeh, Elly Kasim Meninggal Dunia Mengidap Gangguan Pencernaan

Industri hiburan Indonesia hari ini berduka apabila dikejutkan dengan berita kematian penyanyi lagenda lagu Minang, Elly Kasim yang telah meninggal dunia pada usia 76 tahun setelah berjuang melawan penyakit radang usus yang dialaminya.

Memetik berita dari Kompas, khabar duka tersebut diumumkan oleh organisasi perantau Minang (Minang Diaspora Network Global).

“Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun. Atas nama Keluarga Besar Minang Diaspora Network-Global turut berduka atas berpulangnya ke Rahmatullah Uni Elly Kasim Lagendaris Kebanggan Masyarakat Minang Sedunia,”

– Presiden MDNG

Saudara menegaskan Elly Kasim meninggal bukan karena Covid-19.

Pihak MDNG berharap agar keluarga Allahyarhamah Elly Kasim diberi ketabahan.

Penyanyi Lagu Ayam Den Lapeh, Elly Kasim Meninggal Dunia Mengidap Gangguan Pencernaan

“Semoga diampuni dosa-dosanya, diterima amal ibadahnya, diberi tempat yang mulia disisiNya dan semoga Keluarga Beliau diberi kesabaran, ketabahan dan keihlasan Aamiin YRA,”

– Presiden MDNG

Rakan Selebriti Titip Ucapan Takziah

Rakan selebriti tanah air seperti Nikita Willy dan Rizky Billar turut memberikan ucapan takziah terhadap Allahyarhamah menerusi Insta Stories.

“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un selamat jalan tante Elly Kasim, semoga Allah menempatkan beliau di tempat terbaik di sisi-Nya.”

– Nikita
Penyanyi Lagu Ayam Den Lapeh, Elly Kasim Meninggal Dunia Mengidap Gangguan Pencernaan

“Innalillahi wainnailaihirajiun. Masih terkenang bagaimana begitu antusiasnya Almarhumah mengurus acara adat minang dalam tangkaian acara pernikahan saya.. Selamat jalan bunda, terima kasih sudah membantu proses acara saya sampai sukse. Al-Fatihah,”

– Rizky

Untuk info, Elly merupakan seorang penyanyi yang sering membawakan lagu-lagu Minang dan mempunyai hampir 100 album solo. Beliau juga merupakan perancangan perkahwinan khusus adat Minang yang dikenali sebagai Elly Kasim Collection.

Elly Kasim memulai kariernya sejak 1961 dengan membawakan lagu-lagu daerah kelahirannya.

Selain menguruskan perkahwinan Nikita, beliau turut terlibat dalam pra perkahwinan Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah, Majlis Bainai Lesti Kejora dan Rizky Bilar.

Sama-sama kita mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang-orang beriman..Al-Fatihah..

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

WhatsApp Bakal Hadir Dengan Fungsi Reaksi Mesej

TV3 Tayang Drama CHECKLIST MR. RIGHT, TERLERAI KASIH & ANAK SENA di Bulan Ogos Ini