in , ,

Isteri Say Shazril Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Doktor selebriti dan pengacara terkenal, memaklumkan isteri tercintanya, Azura Abas selamat melahirkan cahaya mata keduanya, pada jam 8.14 pagi, hari ini.

Menerusi entri Instagram, dia memuat naik satu gambar bersama anakanda keduanya yang baru sahaja dilahirkan beberapa jam tadi.

“Alhamdulillah, 8.14 pagi tadi isteri saya selamat melahirkan bayi kedua lelaki kami seberat 3.5 kilogram (Kg) dan sepanjang 51.5 centimeter (Cm).

“Syukur ke hadrat Ilahi atas pemberian yang cukup istimewa ini. Saya kini sebagai bapa kepada dua orang anak! Tidak sabar nak tengok reaksi Ace (anak pertamanya) bila kami bawa Sef (bayi kedua) balik nanti,”

– Say Shazril
Isteri Say Shazril Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Bagaimanapun, Say turut memberitahu isterinya melahirkan bayi tersebut secara pembedahan atas faktor tertentu yang tidak dapat di elakkan.

“Isteri saya bersalin caesar (pembedahan) hari ini disebabkan pakar kami memberitahu yang dia ada 20 peratus kegagalan untuk vagibal birth after caesarean (VBAC).

“Ini kerana terdahulu isteri saya pernah menjalani pembedahan pada perutnya yang mengakibatkan ada banyak lekatan pada organ-organ dalamannya. Jadi kami tidak mahu ambil risiko itu dan memilih Caesar sebagai kaedah melahirkan anak kedua ini.

“Ace dahulu pun dilahirkan pembedahan kecemasan kerana tali pusat menjerut lehernya,”

– Say Shazril

Sebagai informasi, sebelum ini isterinya telah disahkan kembali hamil selepas tiga bulan mengalami keguguran sekitar bulan Ogos tahun lalu.

Pasangan tersebut telah dikurniakan seorang cahaya mata pertamanya sebelum ini yang bernama Aezil, setahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kabel Dasar Laut Baharu Facebook, Tiada Malaysia Tapi Negara Jiran Ada

Apple Watch 7 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Lebih ‘Berpetak”