in ,

SINKHOLE Menjadi Filem Korea Paling Pantas Catat Lebih 1 Juta Penonton Pada Tahun 2021

Sinkhole mencapai kejayaan bermakna di pentas box office.

Menurut Majlis Filem Korea, jumlah penonton filem Sinkhole telah mencecah 1,000,792 pada pagi 16 Ogos. Filem ini telah dilancarkan pada 11 Ogos yang lalu, dan menjadi filem Korea paling pantas mencapai 1 juta penonton dalam tempoh hanya enam hari. Filem ini juga merupakan filem Korea kedua tahun ini yang melepasi angka 1 juta penonton selepas Escape From Mogadishu. 

Ini merupakan pencapaian terbesar buat industri filem Korea walaupun mereka dibawah garis panduan jarak sosial yang paling ketat.

SINKHOLE Menjadi Filem Korea Paling Pantas Catat Lebih 1 Juta Penonton Pada Tahun 2021

Sinkhole membukan tayangannya dengan jumlah 14,700 penonton, mengatasi rekod Escape From Mogadishu, dan jualannya yang sukses didorong ulasan positif dari penonton, dan cuti umum Hari Pembebasan Nasional Korea (15 Ogos).

Sinkhole adalah filem bencana komedi terbaru mengenai seorang lelaki yang menabung selama 11 tahun untuk membeli rumanya sendiri. Bagaimanapun rumahnya runtuh menjadi satu lubang yang cukup besar dalam beberapa minit. Filem ini dibintangi Kim Sung Kyun, Cha Seung Won, Lee Kwang Soo, dan Kim Hye Joon.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

OPPO Umum Pelancaran Reno6 Pro, Ini Spesifikasi Menarik Yang Anda Perlu Tahu

Johnny Depp Terus Menjadi Pilihan Jenama Harumah Dior Sauvage