Hari ini negara digemparkan mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan yang meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Bagaimanapun, Muhyiddin akan menjalan sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
Mengambil kesempatan tentang isu hangat diperkatakan negara itu, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik foto borang permohonan jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Menerusi entri tersebut, Aliff turut mengatakan jika ada rezeki tidak kemana serta berseloroh meminta orang ramai mendoakan agar segalanya dipermudahkan.
Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang terhibur dengan posting tersebut. Malah ada yang bergurau mengatakan jika mahu jadi PM suara kena merdu.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagatnya.
Namun, nombor kad pengenalan yang tertera pada borang itu pula yang menjadi perdebatan hebat di kalangan netizen di ruangan komen.
Ramai yang menegur tindakan Aliff Syukri yang kelihatan sengaja berkongsi nombor kad pengenalannya.
Walau bagaimanapun beberapa netizen yang peka dengan setiap nombor itu memberitahu bahawa nombor belakang sepatutnya ganjil bagi lelaki.
Entri tersebut turut mendapat reaksi ibunya, Bonda Rozita yang turut terhibur serta mengatakan anaknya itu seolah cari pasal dan memuat naik perkongsian yang boleh mengundang kecaman.