Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pelawak terkenal Tauke Jambu apabila terpalit dengan kontroversi kes pemerdagangan manusia untuk tujuan seks.
Mengakui dia ditahan polis bagi membantu siasatan kes tersebut, bagaimanapun Tauke berkata dia tiada kaitan dengan aktiviti tersebut dah sudah pun memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
Berikutan penahanan itu, peralatan seks dikatakan telah ditemui di dalam keretanya. Tampil menafikan perkara itu, Tauke berkata dia hanya membawa buah tangan untuk isterinya iaitu rambutan dan petai.
Tambah Tauke lagi, penjelasan itu dibuat kerana dia tidak sanggup melihat lebih ramai lagi netizen mendapat ‘dosa kering’ kerana bercakap mengenai sesuatu yang tidak benar mengenai dirinya
Berikutan itu, pelawak tersebut telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada dunia hiburan selepas kisah mengenainya mula tular di media sosial sejak kebelakangan ini.
Tambahnya lagi dia tidak berkecil, namun merasakan cukup setakat ini sahaja perjalanannya di dalam industri hiburan ini.