Ketika Majlis Hi Tea anjuran Lord’s Tailor petang sebelum berlangsungnya ABP 2007, Budiey sempat mendengar temubual media bersama pasangan hangat, siapa lagi kalau bukan Bintang Paling Popular 2007; Asmawi Ani dan pelakon Ekin.
Mawi telah mengaku dan berterus terang yang dia dan Ekin sedang bercinta dan Ekin adalah wanita paling special dalam hidup Mawi setakat ini. Setelah gossip mereka bercinta tersebar, gossip lain yang Budiey dengar selepas itu mengatakan pasangan sejiwa ini akan mendirikan rumah tangga pada bulan Disember tahun ini.
Namun, Mawi menafikan yang mereka merancang untuk menikah tahun ini. Sekiranya ada jodoh, mereka akan langsungkan tak kira cepat atau lambat. Kalau lambat, lambatlah. Itu kata Mawi. Kalau ada jodoh, Budiey nak doakan Mawi dan Ekin bahagia. Itu saje.
Apa yang Istimewanya Ekin di Mata Mawi?
Pernah Keluar Dating?
“Pernah keluar makan-makan di kedai mamak. Memang ada kami bertemu tetapi kami tidak keluar berdua sebaliknya kami akan keluar beramai-ramai bersama kawan Mawi.”
– Mawi
Mawi dan Ekin Pernah Dating di KLCC?
Pasangan ini pernah dilihat bertemu di KLCC tapi dinafikan oleh mereka. Cerita ini tidak benar.
Adakah betul cara Ekin berpakaian dikawal oleh Mawi?
Kalau sesuai di hati Ekin, sesuailah di hati Mawi.
Hadiah Istimewa dari Mawi?
Semasa Mawi berada di luar negara, selalunya memang ada hadiah akan diberikan kepada Ekin.
Apa komen Ekin dengan pengakuan Mawi?
Apa Pula Reaksi Peminat?
Budiey menerima banyak reaksi peminat berikutan dengan pengakuan ini. Ada yang negatif dan ada yang positif. Ada yang suka, ada yang tak suka. Tak kurang ada yang meluat mengatakan pengakuan tersebut sekadar mahu melariskan nama mereka. Ye lah senang nanti nak dapatkan penaja untuk majlis kahwin. Ada yang cakap, saje pilih ABP untuk menaikkan hype dan melariskan diri mereka.
Budiey juga perhatikan ramai yang tak bersetuju Mawi menang besar dalam Anugerah Bintang Popular. Ramai yang cakap, Ekin tak sesuai dengan Mawi.
Walaupun ramai yang meluat dengan pengakuan Mawi, namun pasangan sehati sejiwa ini tak kisah orang nak cakap apa. Asalkan hati mereka bahagia sudahlah. Kepada Mawi, kalau dah suka tu, cepat-cepatlah langsungkan ya. Tak baik simpan lama-lama, air pun dah penuh kat kepala! Ops!