Dalam hantarannya di Instagram Story, Yana memaklumkan, dua kakaknya juga antara yang dijangkiti.
“Dukacita dimaklumkan, ahli keluarga saya iaitu Kak Yati dan Kak Liza disahkan positif Covid-19. 12 orang semuanya termasuk anak-anak.
“Sesiapa yang dah berhubung secara rapat boleh membuat ujian calitan sebab Kak Long saya tidak bergejala.
“Anak Kak Ngah saya juga tidak bergejala. Sama-sama kita jaga kesihatan,” tulisnya.
Terdahulu, Yana meluahkan perasaannya di platform sama semalam.
“Sedihlah. Tak tahu nak sedih atau apa. Semoga mereka kuat dan sihat semuanya,” tulisnya.