in , ,

Dah Melampau, Che Ta Blocked & Tak Nak Kerjasama Dengan Diva AA Yang Hina Ibunya

Pelakon popular, Rozita Che Wan terkejut apabila rakan selebriti, Azwan Ali dikatakan menggunakan kata kesat kepadanya menerusi ciapan di Twitter, semalam. Che Ta tidak menyangka ada rakan artis yang tergamak melemparkan teguran menggunakan bahasa sedemikian rupa walhal mereka mempunyai hubungan baik dan bekerjasama sebelum ini.

Dikecam netizen atau peminat bukan satu hal yang luar biasa, namun dikutuk dan dilontarkan dengan kata-kata kesat oleh rakan seperjuangan dalam industri secara terbuka dalam media sosial merupakan satu perkara yang menyebalkan.

Itu yang dirasai pelakon popular Rozita Che Wan, 49, apabila tiba-tiba menjadi mangsa kecaman seorang pengacara yang terkenal dengan mulut puakanya hanya kerana bertindak melaram ketika hadir menerima suntikan vaksin.

“Hang (kau) buang tabiatkah? Ini fesyen ber*o bukan pergi cucuk vaksin! B*t mak hang lah,”

Pelik dan terkilan dengan kata-kata kesat yang ditulis pengacara tersebut menerusi satu ciapan Twitter pada 6 Ogos lalu, pelakon yang mesra disapa Che Ta itu tidak menyangka ada kenalan seindustri yang tergamak melemparkan teguran menggunakan bahasa sedemikian rupa walhal mereka mempunyai hubungan baik dan bekerjasama sebelum ini.

“Saya tak kisah kalau dia nak maki saya atau baju dan fesyen saya tapi bila dia sebut pasal ‘burit mak hang’…itu dah melampau!” 

“Saya tak tau pasal apa dia boleh tergamak tulis perkataan ‘bu*** mak hang’ pada saya. Kami telah berjumpa sebanyak tiga kali sepanjang tahun ini, berborak, berswafoto dan juga panggilan video.

“Pertama kali berjumpa pada tahun ini ketika jadi tetamu undangan dalam program Lagu Cinta Kita kemudian Pung Pang Rizalman Raya dan rakaman rancangan masakan,”

– Rozita Che Wan

Melihat keperibadian bekas pengacara program Lagu Cinta Kita itu juga, Che Ta berpendapat memang wujud segelintir individu yang bersikap talam dua muka.

Menurut Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, hubungannya dengan selebriti yang dikenali Diva AA itu baik-baik saja tetapi tidak menyangka sifat selebriti itu boleh berbeza-beza sekiranya di hadapan mahupun di belakang dirinya. Ujar Che Ta, dia tidak tahu mengenai motif sebenar mengapa Diva AA itu mengecam pakaian yang dipakai olehnya semasa hadir ke Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) pada Rabu lalu.

“Betullah kata orang, kalau di depan mulutnya manis, sebaliknya di belakang lain bicaranya.

“Tak sangka, kadang-kadang orang yang kita sudah kenal lama dan tidak ada masalah bersama rupa-rupanya perlu ‘baik-baik’ (hati-hati) dengannya. Hati orang kita tidak tahu kan?”

“Bagi saya mulut dia memang betul-betul level ‘puaka’. Saya tak tahu bagaimana dia boleh tergamak tulis perkataan kesat kepada ibu saya.

“Ia sangat sensitif dan bukan satu perkara yang boleh dibuat lawak. Saya betul-betul marah dengan kata-katanya itu,”

– Rozita Che Wan

Dalam pada itu, pelakon drama Kiah Perkasam itu tetap menitipkan doa agar selebriti berusia 50-an itu diberikan hidayah daripada Allah SWT.

“Orang macam dia ni tak makan saman. Di akhirat nanti pandai-pandai lah dia jawab,” tegasnya.

“Semoga Allah akan beri hidayah kepada manusia begini supaya dia tidak dianggap sampah, Allahuakbar,” doa pemilik nama lengkap Rozita Abu Bakar itu.

– Rozita Che Wan

Tinjauan Kosmo! dalam Twitter, pengacara itu tidak memadam ciapan tersebut sebaliknya menutup ruangan komen.

Pada 4 Ogos lalu media melaporkan Che Ta mencuri perhatian netizen apabila tampil dengan busana glamor berwarna kelabu ketika mendapatkan suntikan vaksin dos keduanya di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Netizen Terpegun Tengok Pakaian Che Ta Masa Pergi Suntik Vaksin

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan Che Ta sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila mengenakan pakaian yang cantik dan glamor ketika keluar mendapatkan suntikan vaksin keduanya baru-baru ini.

Menerusi video dan beberapa gambar yang dimuat naik di Instagram, Che Ta mengenakan persalinan jubah berwarna perak, lengkap dengan aksesori dan beg tangan mewah.

Pada ruangan kapsyen hantaran-hantaran ‘ootd’ tersebut Che Ta secara berseloroh mengatakan memang sengaja mengenakan pakaian yang agak ‘meletup’, risau pakaiannya reput bila disimpan terlalu lama tanpa dipakai.

“Masa sekarang ni, nak simpan baju lawa lawa takut qeput. tak kisahlah duduk rumah ka, p vaksin ka, melaram ja lah , tk tau bila lagi buleh p meladi ni”

Tambahnya lagi, beliau dengan bermurah hati ingin menghadiahkan 10 tudung bawal, cheese cake dan juga minyak wangi kepada 10 frontliners terawal.

Menerusi ruangan komen, ada yang ‘mengusik’ Che Ta kerana tidak memakai gelang dan cincin seperti yang kelihatan semasa ber-‘OOTD’  sebelum itu. Persoalan tersebut dijawab dengan gurauan yang beliau risau diragut sekiranya memakai sebegitu.

Ruangan komen juga dibanjiri rakan-rakan artis yang sememangnya tahu yang Che Ta pastinya ingin tampil ‘meletup’ sentiasa. Ramai yang memuji kecantikan pakaian selain gaya yang dikenakan oleh artis berkenaan walaupun hanya untuk mengambil suntikan vaksin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shuib Mohon Henti Sebar Rakaman Suara Mengenai Keadaan Siti Sarah di ICU

TRAVEL

Pelanggan Maxis Boleh Memilih Peranti Rumah dari Hanya RM1 Sebulan