Berjaya mendapatkan pingat perak buat Malaysia, jaguh berbasikal negara , Datuk Mohd Azizulhasni Awang sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di sukan Olimpik Tokyo 2020.
Pocket Rocketman negara itu berjaya membuat rakyat malaysia bersatu hari ini sebak dengan kemenangannya menerusi acara keirin pagi tadi.
Bekas juara dunia berumur 33 tahun itu yang menjadi harapan negara untuk merangkul pingat emas sejak dari awal temasya, mengungguli Saringan Dua di hadapan pelumba Jerman Maximilian Levy dan pelumba dari Belanda Harrie Lavreysen, yang meraih pingat emas dalam acara pecut lelaki.
Azizulhasni menerima saingan hebat daripada pelumba Great Britain, Jason Kenny yang merangkul pingat emas dan Harrie Lavreysen yang merangkul pingat gangsa. Azizulhasni juga merupakan satu-satunya atlet Asia yang layak ke peringkat akhir keirin sebentar tadi.
Menjengah ke laman sosial twitter, ramai yang turut bangga dan mengucapkan tahniah kepada beliau
Turut menghiburkan ulasan dari pemain badminton Tan Boon Heong mengenai detik bersejarah itu.
Azizulhasni sebelum ini merupakan pemenang pingat gangsa juga dalam acara Keirin di Olimpik Rio 2016 yang lalu.
Satu perlumbaan yang penuh mendebarkan sebentar tadi dan semua tahu Azizulhasni sudah buat yang terbaik. Tahniah The Pocket Rocketman!
Datuk Azizulhasni Awang Sebak
Dengan nada yang sebak, Datuk Azizulhasni Awang berulang kali meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal membawa pulang pingat emas dalam acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Biarpun berjaya memperbaiki pencapaian di Rio 2016 apabila menghadiahkan perak buat negara, namun jaguh trek negara itu mengakui, perasaannya bercampur baur kerana dia datang ke Tokyo dengan misi memenangi emas.
Strategi Jason Kenny yang memecut dari untuk jauh meninggalkan pelumba lain membolehkan jaguh Britain itu mempertahankan emas, manakala bintang Belanda yang juga juara pecut Olimpik, Harrie Lavreysen dengan gangsa.
“Perasaan bercampur baur. Saya sedih juga sebab saya datang sini untuk menang emas. Saya tidak tidur lena malam tadi memikirkan apa akan berlaku hari ini, sebab saya sedar saya satu-satunya peluang yang ada untuk Malaysia menang emas.
“Saya sudah buat yang bagus di suku akhir, kemudian di separuh akhir. Dalam perlumbaan akhir, saya diundi di tempat kelima. Ketika dua pusingan terakhir, cuba ke depan tetapi dia (Kenny) sudah terlalu jauh.
“Saya pun tidak tahu mengapa pelumba Australia (Matthew Glaetzer) tidak mengekorinya dengan rapat.
“Inilah sukan, ada turun naik..saya nak menang sangat tapi tak jadi. Saya minta..saya minta maaf..terima kasih atas sokongan anda semua,”
– Azizulhasni
Azizulhasni beberapa kali menangis ketika mengingat kembali kesukaran serta pengorbanan yang terpaksa ditempoh untuk tiba di Olimpik.
Azizulhasni, 33, juga merayu rakyat Malaysia agar tidak menyerang media sosial pelumba lain, terutama Australia kerana semua pelumba yang datang ke Tokyo membawa misi sama, cuba memenangi perlumbaan.
Katanya, dia kini hanya mahu pulang berehat bersama keluarga sebelum memikirkan perancangannya.
Tan Sri Muhyiddin Yassin Ucap Tahniah
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kejayaan jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat perak buat Malaysia menambahkan keceriaan buat kontinjen negara sebelum temasya sukan Sukan Olimpik Tokyo melabuhkan tirainya.
Perdana Menteri berkata, biar apa pun warnanya, kilauan pingat yang dikutip di pentas sukan terbesar menerusi acara Keirin basikal trek tentunya memberi makna cukup signifikan buat jaguh itu dan negara apabila melihat Jalur Gemilang dinaikkan.
“Seluruh rakyat Malaysia pastinya amat berbangga dengan aksi dan semangat tidak mudah mengalah yang anda tunjukkan. Saya turut merasa sayu melihat tangisan kemenangan sebentar tadi.
“Kami di Malaysia amat memahami perasaan serta kesukaran yang anda lalui sepanjang temasya ini. Terima kasih saya ucapkan atas segala pengorbanan anda demi negara,”
Muhyiddin pada masa sama berterima kasih kepada Muhammad Shah Firdaus Sahrom, walaupun gagal mengiringi Azizulhasni ke peringkat akhir tidak seharusnya mematahkan semangatnya.
Beliau berkata, iltizam dan semangat ‘Demi Malaysia’ yang dipamerkan apabila sanggup mengetepikan kesakitan semasa di peringkat saringan dan suku akhir dengan sendirinya membuktikan wira yang perlu disanjungi.
“Syabas juga kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican, barisan kejurulatihan dan seluruh kontinjen Malaysia atas kejayaan ini. Tahniah Azizulhasni! Syabas Shah Firdaus!,”
‘The Pocket Rocketman’ menghadiahkan pingat perak buat negara selepas menduduki tempat kedua perlumbaan final acara keirin di Velodrom Izu.
Pelumba Great Britain, Jason Kenny mempertahankan pingat emas dimenanginya di Olimpik Rio 2016 manakala Harie Lavreysen (Belanda) meraih gangsa.
Untuk rekod, Azizulhasni, 33, sebelum ini pernah meraih gangsa di Olimpik Rio 2016.
Shah Firdaus pula menamatkan perlumbaan kedua suku akhir dengan berada di tempat keenam daripada enam pelumba, kurang 24 jam selepas mengalami kemalangan bersama pelumba Great Britain, Jack Carlin.
Pelumba berusia 25 tahun itu bagaimanapun tetap menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam perlumbaan namun perjalanan di temasya Sukan Olimpik sulungnya itu terhenti di suku akhir.
Keluarga Bangga dengan Kejayaan Azizulhasni
Keluarga kepada jaguh berbasikal negara bangga dengan kejayaan Datuk Azizulhasni Awang yang meraih pingat perak dalam acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo, pagi tadi.
Abang iparnya, Mohd. Razman Mohamad, 36, berkata, walaupun terlepas pingat emas yang diidamkan, namun, Azizulhasni sudah memberikan yang terbaik dalam aksi final itu.
“Jijoe ada menghubungi keluarga malam tadi meminta kami mendoakan kejayaannya, Alhamdulillah dia berjaya meraih pingat perak, malah pencapaiannya lebih baik berbanding di Olimpik Rio 2016.
“Pingat perak ini hadiah istimewa Jijoe untuk ayah, Awang @ Muda Embong, 72, yang terlantar sakit akibat strok,”
– Mohd. Razman Mohamad
Azizulhasni menepati sasaran apabila menghadiahkan pingat untuk Malaysia menerusi kilauan perak manakala Jason Kenny mempertahankan emas.
Neelofa & Janna Nick Ucap Tahniah
Kejayaan anak kelahiran Dungun, Terengganu itu turut diraikan oleh beberapa selebriti popular tanah air seperti Neelofa dan Janna Nick.
Neelofa menerusi ciapan Twitternya mengucapkan sekalung tinggi tahniah kepada Azizulhasni atas kemenangannya sebentar tadi.
Tidak ketinggalan , Neelofa turut melahirkan rasa bangganya terhadap seorang lagi pelumba, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berjaya membuatkan rakyat Malaysia berbangga hari ini.
“Tahniah Datuk Azizulhasni untuk kejayaan pingat perak! Anda dan Shah Firdaus telah membuatkan kami rakyat Malaysia berbangga pada hari ini di pentas Olimpik Tokyo 2020,”
– Neelofa
Sementara itu, aktres Janna Nick turut berterima kasih kepada Azizulhasni kerana sekali lagi berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
“Tahniah Datuk Azizulhasni! Terima kasih kerana menyumbang pingat perak dan harumkan nama Malaysia. Kami sangat bangga dengan anda,”
– Janna Nick
Selain Neelofa dan Janna, beberapa lagi selebriti seperti Sweet Qismina dan Yuna turut melahirkan ucapan tahniah kepada Azizulhasni.
Untuk rekod, Azizulhasni menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara selepas menamatkan saingan di kedudukan kedua pada aksi final acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.
Pada saingan tersebut, pelumba Great Britain, Jason Kenny berjaya mempertahankan emas yang diraihnya lima tahun lalu sewaktu di Olimpik Rio, Brazil.
Terima Berita Isteri Hamil Anak Ketiga
Dalam satu sesi temubual media bersama pemenang pingat tersebut sangat mengharukan apabila Azizulhasni menangis ketika menyentuh perihal ahli keluarga dan rakyat Malaysia dan ia dimuat naik semula oleh warganet di Twitter.
Menurutnya, anak-anaknya kerap kali menelefon bertanyakan bila mahu pulang bertemu keluarga selepas beberapa waktu berjauhan. Beliau juga memaklumkan yang bapanya berada dalam keadaan kurang sihat dan belum berpeluang bertemu dengannya.
Azizulhasni memaklumkan apa yang dilakukan adalah demi ahli keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia. Ketika berlumba juga, apa yang ada dalam fikirannya adalah wajah anak-anak, isteri serta kedua orang tua yang jauh diperantuan.
Namun, apa yang lagi menyebakkan adalah apabila wartawan memaklumkan yang Azizulhasni bakal menimang cahaya mata ketiga dan beliau terus meluahkan rasa syukur dan sujud selepas mendapat perkhabaran begitu gembira itu.
Pastinya perkhabaran tersebut sangat menggembirakan dan beliau seakan tidak percaya sehingga kembali menitiskan air mata.