Pelawak dan juga suami kepada penyanyi Siti Sarah, Shuib memaklumkan perkembangan terkini anak bongsunya yang diberi nama Ayash Affan yang juga terpaksa dilahirkan secara pramatang semalam akibat keadaan Sarah yang begitu kritikal.
“Ya Ayyash Affan, itulah nama anak kami. Siti Sarah yang pilih nama tu.Beriya-iya dia mahu nama Ayyash Affansebab maksudnya bekerja keras, cerdik, cerdas, pandai…’
“Mohon semua doakan Ayyash Affan ya. Semoga dia cepat sihat begitu juga ibunya”
– Shuib
Siti Sarah Pilih Nama Ayash Affan
Tiada apa yang diharapkan pelawak Shuib Sepahtu buat masa ini melainkan kesembuhan isteri, Siti Sarah dan kesihatan bayi mereka yang baharu dilahirkan.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, dia dan Siti Sarah bersetuju untuk menamakan cahaya mata keempat mereka itu dengan nama Ayash Affan.
Menurut Shuib menerusi perkongsiannya di instagram story, doktor memberitahu bahawa bayi tujuh bulan itu berada dalam keadaan stabil apabila mula memberi isyarat pergerakan pada anggota badannya termasuklah mula membuka matanya dan bergerak aktif.
“Alhamdulillah sedikit perkembangan terkini Ayash Affan. Dr. Faiz dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) memberitahu pagi ini bayi sudah buka mata, kaki sudah menendang-nendang, tangan bergerak aktif dan keadaannya stabil.
“Syukur Ya Allah. Ini semua berkat doa daripada anda semua yang tidak putus-putus mendoakan Ayash,”
– Shuib
Bagaimanapun, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, turut mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya agar dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik dan terhindar daripada kemudaratan. Disamping, mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesihatan keluarga beliau.