Majlis pelancaran aplikasi berkenaan berlangsung 7 Ogos secara virtual di Hitman Studio di Shah Alam dirasmikan mentor usahawan terkenal Datuk Wira Dr Azizan Osman.
Tak ketinggalan dihadiri ikon dan dutanya sendiri MK K-Clique selain artis popular seperti Zizan Razak, Nabila Razali, Iman Troye dan Tya Arifin.
Kehadiran aplikasi terbabit juga menjadi penanda aras baru seiring tuntutan semasa termasuk membiasakan norma baharu era pandemik COVID-19 saat ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata mereka tidak boleh terkebelakang dalam hal pendidikan.
“Aplikasi pembelajaran atas talian ini dibangunkan staf PTTI sendiri sejak akhir tahun lalu. Kita berasakan selepas lebih lima tahun memacu dunia pendidikan terutama untuk calon SPM termasuk situasi tak terduga pandemik ini, perlu ada alternatif baru belajar yang tak terduga.
“Justeru lahirlah idea aplikasi ini. Kita juga mahu meneruskan kelangsungan membantu lebih ramai lagi pelajar SPM meningkatkan gred dan keputusan cemerlang secara atas talian,”
– Siti Farhana Abu Osman
Tambah Cikgu Fana lagi, aplikasi terbabit dilancarkan sebagai usaha untuk mewujudkan ruang pembelajaran khas bagi pelajar SPM.
Menerusi pelancaran aplikasi itu juga pelajar SPM boleh melayari aplikasi www.MampuSkorSPM.com untuk memuat naiknya secara percuma.
“Pelajar juga boleh memuat turun aplikasi ini sama ada di App Store untuk pengguna Iphone atau Playstore (android).
“Ini masanya untuk pelajar SPM terutama calon peperiksaan itu mengakses ilmu dan dapat belajar percuma dengan aplikasi ini tak kira di mana saja anda berada,”
– Siti Farhana Abu Osman
Ketika majlis berlangsung selain video perasmian aplikasi itu ditayangkan, penerangan mengenai ciri ciri yang dibina dalam aplikasi turut dilakukan.
MK serta artis lain turut berkongsi pandangan dan pujian mengenai muat turun dan penggunaan aplikasi terbabit serta berinteraksi dengan Pengurus Besar PTTI, Muhd Habibunajjar Sazali (Cikgu Habib).