in

Ujibakat Imam Muda di Kelantan Dapat Sambutan

Kualiti peserta temu duga Imam Muda musim kedua meningkat

Kuala Lumpur, 7 Februari 2011 – Setelah memulakan sesi ujibakat di Johor Bharu, pencarian Imam Muda musim kedua diteruskan ke negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan. Sesi temu duga selama dua hari di Balai Islam Lundang, Kota Bharu  baru baru ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada belia negeri ini dan kawasan sekitarnya di Pantai Timur.

para peserta mendaftar seawal 8.00 pagi

Para peserta mendaftar seawal 8.00 pagi

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Hj Izelan Basar, “Imam Muda musim kedua mencatatkan sejarah yang tersendiri dengan membuka penyertaan antarabangsa. Berbeza dengan uji bakat di Johor Bharu baru-baru ini yang telah mendapat penyertaan dari Singapura dan Indonesia, Kelantan menyaksikan rata-rata anak tempatan yang berpusu-pusu ke tempat temu duga seawal 8.00 pagi pada kedua-dua hari.

Kami juga amat kagum melihat peningkatan dari segi kualiti peserta yang menghadirkan diri ke sesi temu duga kali ini. Jika tahun lalu, ramai peserta yang tidak begitu pasti dengan konsep rancangan Imam Muda tetapi kali ini ternyata mereka sudah mendapat pendedahan menerusi pemerhatian daripada rancangan ini pada musim lalu. Secara tidak langsung, ini membantu pihak Astro untuk memilih peserta terbaik untuk musim kedua ini.

peserta turut di uji dengan kemahiran berkomunikasi dan pengetahuan am

Menceritakan tentang pengalaman kali pertama menghadiri sesi temu duga Imam Muda, Mohd Shahril Mat Rani, 25 tahun berasal dari Bachok berkata, “Hasrat menyertai Imam Muda memang telah tertanam sejak musim pertama lagi sewaktu masih menuntut di Universiti Kuwait. Ketika itu, saya dan komuniti Malaysia di sana hanya menonton rancangan itu menerusi laman facebook Imam Muda dan Youtube. Sekembalinya saya ke tanahair, keluarga amat menyokong saya untuk turut serta dalam sesi temu duga Imam Muda kali ini yang kebetulan diadakan di Kelantan”.

Mohd Shahril Mat Rani

Mohd Shahril Mat Rani

Bagi mewujudkan perubahan untuk musim ini, pihak Astro membuka peluang kepada Muslimin dari seluruh dunia untuk datang ke ujibakat Imam Muda untuk musim yang kedua. Bagi memartabatkan lagi penggunaan Bahasa Melayu, calon antarabangsa yang berminat mestilah berkebolehan untuk bertutur dalam bahasa Melayu sebagai syarat utama menyertai program Imam Muda musim kedua ini.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pelapis dan penyambung warisan serta memikul tanggungjawab sebenar sebagai seorang Imam, dijemput hadir ke sesi temu duga seterusnya. Pendaftaran dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.

11 – 12 Feb 2011
Masjid Zaher, Alor Setar Kedah

19 – 20 Feb 2011
Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan Pahang

25 – 26 Feb 2011
Wisma MUIS, Kota Kinabalu Sabah

05 – 06 Mac 2011
Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur

Sesi ujian dan temu duga ini terbuka kepada semua lelaki beragama Islam yang fasih berbahasa Melayu dan boleh menguasai lebih daripada satu bahasa di samping berusia di antara 18 – 27 tahun serta sihat tubuh badan.

Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar 4R di samping boleh membaca Surah Al-Fatihah, Surah Lazim dan mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa.

Siri pencarian IMAM MUDA musim kedua ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro OASIS (saluran 106) bermula 1 April 2011 Butir-butir lanjut mengenai program-program akan diumum pada sidang media akan datang.

peserta beratur untuk sesi temu duga

juri peringkat 1 - Imam Muda Hizbur, Ustaz Ahmad Termizi Abdul Razak, Ustaz Khairuddin Mohammed

Juri peringkat 1 – Imam Muda Hizbur, Ustaz Ahmad Termizi Abdul Razak, Ustaz Khairuddin Mohammed

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Femme Fatale Britney Spears Seventh Studio Album

Bicarawara Pelancaran Kempen Awas Jerat Valentine’s Day