Menerusi pengumuman yang dibuat oleh pihak pengurusan, mengambil kira keputusan perbincangan bersama serta komen yang diberikan oleh para pendengar stesen radio itu bersetuju untuk mengekalkan gandingan AG dan Fad Bocey sebagai penyampai radio bagi slot pagi Hot FM.
Fara Fauzana Kembali Ke Hot FM Lengkapkan Trio Pagi
Bukan itu sahaja, pendengar dan dua orang penyampai radio itu turut dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita ke konti Hot FM yang diperkenalkan sebagai penyampai radio yang ketiga selain Fad dan AG. Siapa sangka, selepas 5 tahun meninggalkan Hot FM, Fara Fauzana kembali ke stesen radio itu melengkapkan trio pagi.
Menjengah ke ruangan komen siaran langsung Hot FM Live di laman YouTube, rata-rata pendengar meluahkan rasa gembira dan teruja apabila Fara yang juga dikenali sebagai Fafau kembali menggalas tugas sebagai penyampai radio. Untuk rekod,Fara sebelum ini telah bersama Hot FM selama 10 tahun sebelum mengambil keputusan untuk mengundur diri sekitar 2016 bagi menumpukan perhatian terhadap kerjaya peribadi yang lebih meluas dalam bidang pengacaraan.
Dalam perkembangan yang berkaitan, AG dan Fad turut memohon maaf atas kesilapan teknikal yang berlaku pada pagi Rabu menyebabkan insiden mereka ditegur oleh pihak pengurusan dapat didengari oleh para pendengar berikutan mikrofon mereka dikatakan telah terpasang ketika itu.
*Sumber: Murai & HotFM