Perkara tersebut dimaklumkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 21 Julai lalu atas nama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba yang memaklumkan pelanjutan kawasan tempat jangkitan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Sakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Ia adalah pelanjutan daripada perintah asal yang diwartakan pada 1 April 2021 hingga 1 Ogos 2021, iaitu Perintah Pencegahan dan Pengawalan Sakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan tempatan Jangkitan) 2020.
Warta berkenaan juga menyebut perintah itu boleh dinamakan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Sakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelanjutan Kuat Kuasa) (No. 2) 2021.Kelmarin, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberitahu Dewan Rakyat, kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk melanjutkan tempoh Proklamasi Darurat, yang tamat pada 1 Ogos ini.
Kerajaan turut membatalkan enam ordinan yang dibuat semasa Proklamasi Darurat, berkuat kuasa 21 Julai lalu. Sumber – K! ONLINE
Tular Isu Makan Dalam Kenderaan Dalam Tempoh PKP Adalah Salah. Sekali Polis Ini Tampil Jelaskan Hal Sebenar.
Polis menafikan ada mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang berang dalam sebuah video tular berhubung isu makan dalam kenderaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sitiawan di sini. Ketua P0lis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, tiada sebarang k0mpaun dikeluarkan mahupun tindakan diambil terhadap individu terbabit.
“Saya sudah melihat video itu dan meng3sahkan tiada kompaun atau individu dit4han kerana makan mak4nan yang dibungkus dalam kenderaan. Kita tidak pasti motif sebenar video yang dibuat lelaki terbabit, malah gambaran diberikan individu itu juga tidak jelas sama ada dia dikompaun atau dil4rang daripada makan di dalam keretanya,” katanya di sini pada Selasa.
Beliau percaya lelaki terbabit salah faham keny4taan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail mengenai tindakan komp4un ke atas pengusaha premis makanan yang menyediakan layanan ‘dine-in’ di dalam kereta adalah melanggar prosedur operasi standard (SOP). Bagaimanapun, Nor Omar melahirkan kekesalan terhadap penyebaran video dengan kandungan mesej tidak jelas yang boleh menimbulkan kekeliruan.
“Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat lebih jelas daripada pihak berkaitan dan tidak menularkan atau membuat video yang boleh mengelirukan masyarakat,” katanya. Video yang tular di media sosial berdurasi 29 saat itu memaparkan seorang lelaki seolah-olah bengang mengenai isu makan di dalam kenderaan sambil meriba bungkusan makanan di dalam sebuah kereta. Aku ada rentas negeri punya surat, aku dari Ipoh datang Sitiawan. Sekarang aku beli nasi takkan nasi ni aku nak bungkus balik ke Ipoh baru makan. Aku laparlah, aku mesti makan sekarang jugalah, takkan 100 kilometer aku bungkus nasi nak balik rumah (baru) makan,” katanya dalam video itu. Sumber : MYkmu