Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi satu perkongsian di Facebook memaklumkan Hannah turut cemerlang dalam kertas Strategic Business Reporting (SBR) apabila meraih tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia dalam peperiksaan yang sama.
“Beliau merupakan alumni Program Matrikulasi KPM Jurusan Perakaunan Profesional “(JPPro) Kohot 1 Sesi 2018/2019 yang merupakan kolaborasi antara KPM, UiTM dan ACCA.
“Beliau kini sedang mengikuti Pengajian Perakaunan Profesional di Jabatan Pengajian Perakaunan Profesional, Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam”
– Facebook Kementerian Pendidikan
Dalam pada itu Koordinator Komunikasi Korporat Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Siti Aisyah Kamaruzaman dalam satu kenyataan berkata disiplin diri serta kekuatan mental merupakan cabaran terbesar yang dihadapi Hannah Mumtazah sepanjang pembelajaran atas talian.
Namun kejayaan Hannah Mumtazah adalah disebabkan pengurusan masa yang baik dalam memastikan sesi ulangkaji dapat diatur dengan sebaiknya.
Difahamkan Hannah masih mempunyai tiga lagi kertas sebelum menamatkan pengajian beliau dan mendapat kelayakan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).
Tahniah buat Hannah!