Daniel Craig bakal mengulangi watak ikoniknya sebagai James Bond untuk terakhir kalinya di filem ini, dibantu dengan watak-watak hebat seperti Ralph Fiennes sebagai M, Lea Seydoux sebagai Madeleine Swan, Naomie Harris sebagai Moneypenny, Ben Whishaw sebagai A, dengan Rory Kinnear sebagai Tanner dan Jeffrey Wright sebagai Felix Leiter. Para pemeran baru yang dikonfirmasi untuk film tersebut adalah Dali Benssalah, Billy Magnussen, Ana De Armas, David Dencik, Lashana Lynch, dan Rami Malek.
Anda boleh tonton trailer No Time to Die dibawah:
Kalau dapat lihat, trailer ini banyak menyajikan aksi Daniel Craig sebagai James Bond dalam pelbagai situasi. Bond dilihat seperti sukar dan tercabar menghadapi lawannya yang dikenal dengan nama Safin (Rami Malek). Hingga kemudian pada suatu misi ia tak sengaja bertemu dengan agen Nomi. Untuk info, Nomi merupakan salah satu agen MI6 yang mempunyai kod 00. Ia aktif menjalankan perbagai misi setelah Bond berhenti dan cuba menjalani kehidupan seperti manusia biasa di Jamaica. Dalam adegan lain terlihat James bekerja bersama dengan Nomi. Mereka mahu masuk ke markaz Safin, tapi alih-alih mereka takut dan bersiap melarikan diri, sebaliknya Safin dilihat sangat santai dan mengajak Bond berbual.
No Time to Die menyaksikan James Bond menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas bersara dari dunia pengintipan. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik, sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu yang sangat merbahaya.
Cary Joji Fukunaga (True Detective) mengarahkan No Time to Die dari skrip yang ditulis oleh Neal Purvis & Robert Wade, Scott Z. Burns bersama Fukunaga dan Phoebe Waller-Bridge (Fleabag, Killing Eve).
Pasti ramai peminat James Bond tak sabar untuk menonton filem aksi ini.