in , ,

Abu Syafiq Bengang dengan Influencer & Ustaz Yang Buat Fitnah Ebit Lew

Masih belum reda kontroversi yang membabitkan tiga figura terkenal Malaysia iaitu pendakwah terkenal Ebit Lew, aktivis Gaza, Nadir Al Nuri dan penyanyi rap Caprice, kini timbul pula isu hangat melibatkan pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq rasa bengang dengan tukang fitnah dan penyebar video Ebit Lew.

Melihat isu berkaitan Ustaz Ebit Lew seperti tiada penghujungnya dan semakin bertambah fitnah dilemparkan di media sosial, Ustaz Abu Syafiq tampil memberi teguran khas kepada para influencer, ustaz dan ustazah.

Bertaubatlah, Guna Saluran Yang Betul Untuk Buat Aduan

Dari perkongsian video yang dimuatnaik di Instagram Ustaz Abu Syafiq hari ini, pendakwah bebas ini menyentuh isu video yang tular di media sosial yang mengandungi unsur lucah yang dikaitkan dengan Ustaz Ebit Lew.

Ustaz Abu Syafiq menyatakan jika video yang tular itu adalah betul seperti dikatakan, bukan begini caranya dengan menyebarkan video dan beri hints di media sosial.

Pendakwah bebas ini juga menegur bahawa banyak lagi saluran lain yang boleh dilakukan bagi membuat aduan, seperti membuat laporan polis atau membuat aduan di kementerian yang berkaitan.

Berhenti Membuat Fitnah

Selain itu, Ustaz Abu Syafiq memberi teguran tegas agar para ustazah, ustaz, influencer dan warganet berhenti membuat fitnah apatah lagi cara yang digunakan bercanggah dengan al-Quran dan Hadith.

“Wahai para asatizah, pendakwah, influencers dan warga net! Ini nasihat saya.

1 – Sudah-sudahlah memfitnah UEL. Berhenti sajalah. Apa yang kau orang buat ini salah. Haram. Bercanggah dengan Quran dan Hadith. bersalahan dengan undang-undang negara.

2 – Jika kau orang rasa kau orang kononnya macam nak selamatkan beberapa mangsa. Bukan ini ‘medsos’ medannya.

Report polis, jabatan-jabatan kerajaan dan banyak lagi saluran rasmi yang kau orang boleh guna pakai. Bukan melalak dekat Facebook dan Twitter kau orang. Bagi ‘hint-hint’ bagai. Salah itu.

3 – Saya doakan UEL @ebitlew terus bersabar dan menepis fitnah video ini dengan tenang sahaja. Banyak lagi ujian kita semua. Kerja dakwah pun banyak lagi tak selesai.” Tulisnya

Berhentilah memfitnah dan jauhilah dari bersangka buruk.

Baru-baru ini, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary mendakwa bahawa dirinya telah difitnah oleh beberapa ahli pasukan Ustaz Ebit Lew.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik, dia membuat pendedahan dan menegaskan akan membuat laporan polis serta mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap isu tersebut.

“Saya telah difitnah teruk dengan fitnah yang tidak benar oleh beberapa orang daripada team ustaz Ebit Lew sendiri, tetapi bukan Ustaz Ebit Lew. 
“Saya tidak mahu menyebut nama, tetapi saya akan buat report polis dan tindakan undang-undang sekiranya hal ini tidak dapat diselesaikan dengan cara baik,” jelasnya.

Menurutnya lagi, antara fitnah yang dilontarkan kepadanya adalah dia dikatakan telah menghina kerja amal dan mengkafirkan Ebit Lew. Baginya, tuduhan berkenaan sangat berat sehingga mencalarkan imejnya sebagai seorang pendakwah.

Selain itu, Abu Syafiq turut menegaskan bahawa tujuannya membuat pendedahan itu bukan kerana publisiti tetapi hanya mahukan kemaafan daripada individu yang terlibat.

Malah, dia turut mendakwa individu tersebut cuba melaga-lagakan dirinya dengan Ebit Lew dan memburukkan lagi suasana.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas 11 tahun Dengan Shahelzy Sam, Syatilla Melvln Luah Rasa Terkllan

Nokia Lancar XR20, Peranti 5G Tahan Lasak Yang Tak Perlukan ‘Casing’