in ,

Aznil Hj Nawawi Terasa Hati Dengan Surat ‘Ugutan’ LHDN, Ini Sebabnya

Datuk Aznil Hj Nawawi meluahkan rasa terkilan terhadap agensi kerajaan terutama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memintanya membayar cukai sewaktu pendapatannya kini kian merudum akibat pandemik Covid-19.

Pak Nil berkata, pertimbangan seperti penstrukturan semula yang bersesuaian wajar diberikan memandangkan ramai orang hilang punca pendapatan selepas hampir dua tahun negara bergelut dengan wabak tersebut.

Justeru, bagi Aznil, tidak wajar agensi kerajaan tersebut memaksa orang ramai termasuk dirinya untuk membayar cukai ketika keadaan mereka sangat terdesak memikirkan cara untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Kes positif harian pun dah mencecah 17,000, selain tu dah nak masuk dua bulan kita semua berkurung. Berapa lama lagi nak hidup begini dan bagaimana dengan status ekonomi kita.

“Semua projek saya asyik dibatalkan dan seribu kali ditangguhkan tapi LHDN ada hati hantar surat suruh bayar cukai tertangguh.

“Jika benar kerajaan prihatin, keluarkan arahan kepada semua agensi mereka untuk pertimbangkan daripada terus menghimpit rakyat,”

– Aznil Hj Nawawi

Datuk Aznil, 58, turut mendakwa dia tiada masalah dengan jadual pembayaran cukai sebelum ini namun keadaan kewangan yang terjejas mengakibatkan dia tidak mampu untuk meneruskan komitmen itu seperti biasa.

“Penularan Covid-19 dari setengah tahun berlarutan jadi hampir dua tahun, sudah tentu saya tak boleh nak bayar (cukai) LHDN.

“Adakah ini masa yang sesuai untuk LHDN terus menghimpit? Dengan ramai yang meninggal dunia disebabkan Covid-19 serta ramai orang fikir entah dapat hidup atau tidak esok.

“Tidakkah berasa malu meminta rakyat bayar cukai pada waktu ni?” katanya lagi.

– Aznil Hj Nawawi

Menambah kekecewaannya, kata bekas pengacara program realiti Akademi Fantasia itu lagi, surat yang sampai kepadanya bernada “ugutan”.

Dakwanya, dalam suratnya itu, dia dimaklumkan berdepan kemungkinan disekat atau disenarai hitam untuk perjalanan luar negara atau boleh diisytihar muflis.

“Saya nak tanya, adakah sesiapa kisah tentang semua itu pada waktu terdesak sekarang? Adakah kita dibenarkan keluar negara sekarang? Tiada siapa kisah.

“Sekarang kita kena fikir macam mana nak hidup untuk hari esok dan hari-hari berikutnya saja,”

– Aznil Hj Nawawi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bizmilla & Malakat Mall Sasar Bantu 100,000 Keluarga Yang Terkesan di Era Pandemik Covid 19

Berlatih Di Melaka Menang Di Jepun, Hidilyn Diaz Sumbang Emas Pertama Buat Filipina