in ,

Ini Mungkin Jadi Sebab Kenapa Bodyguard Ebit Lew Halang Nadir Untuk Rakam Video

Seperti masih belum selesai walaupun EBit Lew telah pulang ke tanah air. Kemelut melibatkan misi kemanusiaan ke Gaza oleh pendakwah Ustaz Ebit Lew terus hangat diperkatakan rakyat negara ini.

Terbaharu, rakyat Malaysia tinggal di Semenanjung Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri tampil membuat penjelasan panjang berhubung hal itu menerusi saluran Telegram miliknya.

Menurut Muhammad Nadir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, dia tidak menyimpan perasaan iri hati terhadap Ebit, namun menjadikan perkongsian itu sebagai satu iktibar dan pedoman untuk semua pihak.

Dalam penjelasan itu, Muhammad Nadir menafikan dakwaan kononnya dia dengki dengan Ebit, sebaliknya cukup mengalu-alukan kehadiran beliau.

Dakwanya, Ebit yang duduk bersebelahan dengannya langsung tak menegur mahupun menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Jam 2 pagi, kami dimaklumkan rombongan sudah melepasi sempadan Rafah sebelah Mesir dan akan masuk ke Gaza. Perasaan ketika itu seronok bukan kepalang.

Saya ditolak wakil Kementerian Luar berada di barisan hadapan menyambut rombongan dan apabila turun dari bas, sebahagian team bersalam sedangkan separuh lagi termasuk EL berjalan jauh daripada saya.

“Tidak ada sepatah kata pun dituturkan oleh seluruh team kepada saya melainkan pengawal keselamatannya yang terus menegur dan membisik ke telinga saya, awak orang Malaysia kan, jangan buat live ya.

JEJAK EBIT

Mengapa bodyguard Ebit Lew melarang Nadir dari merakam video MUNGKIN kerana perjalanan Ebit Lew ke Gaza adalah untuk sesi rakaman program Astro yang menjadi hak penyiaran bagi program berkenaan. Untuk pengetahuan, Ebit Lew mempunyai rancangan sendiri di Astro bernama Jejak Ebit di Astro Prima.

Jadi, sekiranya ada orang lain yang merakam terlebih dahulu apa yang terjadi pada Ebit Lew di sana sudah pasti akan menggangu sedikit jumlah tontonan apabila mereka siarkan nanti.

Memetik satu komen dari netizen:

Program JEJAK EBIT oleh UEL ni sebenarnya satu cabang  RANCANGAN MEDIA REALITI ASTRO sama saja konsepnya dengan BERSAMAMU TV3.

Mmg ‘style’ program mcm ni jenis ‘redah’ melawan kaedah penyampaian kebajikan arus perdana konvensional… Ala konsepnya.. Dulu JKKK YB YB pun tak ngam dgn Tim BERSAMAMU.

UEL (individu) hanya watak utama program realiti tu..sama mcm peserta Akademi Fantasia juga.. apa yg terpapar di media , not 100% true, all plan & edit.

Yang netizen patut persalahkan adalah Team Creative , Team Production dan Pengarah yg tak ‘friendly’ dgn local authority / wakil kerajaan / wakil penguasa tempatan ( a.k.a JKKK) juga tak sempat mesra org awam (kekangan masa untuk settlekan dateline lg penting).

Ya.. matlamat membantu end user itu secara ‘DASAR’ nya tercapai..mmg ada yg tak suka..maybe ada personel / entiti yg tersinggung  secara peribadi ( survival politik / publisiti jawatan / kepuasan sendiri )..

At the end, ini semua program realiti media massa ( fB, twitter, tv, insta dll).Ebit Lew secara individu, ibarat Mr Menteri dia tak cukup masa pun tuk ambil cakna dan puaskan niat semua org team belakang tabir yg uruskan semuanya. Yg untung semestinya ‘Producer’, sponsor rating mesti naik punya..

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TPM Arah Caprice & Pasukan HM4P Balik Ke Malaysia Dengan Segera

Lelaki Rakam & Provok Polis Isu Tak Pakai ‘Face Mask’ di Stesen Minyak Direman 4 Hari