in , ,

Wajah Layla Sania di Papan Iklan Digital di Times Square, New York, Amerika Syarikat

Setelah wajah penyanyi antarabangsa, Yuna dipaparkan di papan iklan digital terkenal di Times Square, New York, Amerika Syarikat pada Mei lalu, kini giliran penyanyi Malaysia yang dikenali sebagai Layla Sania pula berada di papan iklan digital yang sama pada 20 Julai 2021 (waktu New York, Amerika Syarikat).

Kemunculan Layla Sania di papan iklan digital tersebut adalah sebagai wakil penyanyi Malaysia dalam kempen EQUAL oleh Spotify. EQUAL merupakan program global yang dibawakan khas oleh Spotify dalam memupuk ekuiti atau mengetengahkan artis wanita di seluruh dunia. Terdapat 35 senarai main tempatan EQUAL yang merangkumi artis dari lebih 50 buah negara, dan Layla Sania merupakan wakil daripada senarai main EQUAL Malaysia & Singapura. Selain itu, terdapat juga Senarai Main EQUAL Global “terbaik” yang mengandungi muzik dari artis EQUAL dari seluruh dunia.

layla

Layla Sania Binti Khairuzikri atau lebih dikenali sebagai Layla Sania adalah penyanyi berusia 19 tahun dan merupakan bekas pelajar di SMJK(C) Chong Hwa, Kuala Lumpur. Layla yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia ini baru sahaja melancarkan single pertamanya di dalam bahasa Mandarin yang berjudul ‘By Your Side’ pada Januari 2021 selepas kejayaan dua single di dalam Bahasa Malaysia yang berjudul ‘Lakaran’ pada Mac 2020 dan ‘Que Sera Sera’ pada tahun 2019. Ternyata paparan wajah Layla Sania di papan iklan digital di Times Square, New York ini merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan.

Layla Sania

“Layla benar-benar bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada EQUAL oleh Spotify. Ini sangat bermakna bagi Layla sebagai penyanyi. Layla tidak pernah membayangkan melihat diri Layla di papan iklan digital di Times Square, New York City sama seperti Yuna dan barisan artis wanita antarabangsa yang lain,”.

“Layla amat berterima kasih kepada Spotify kerana telah memilih Layla menjadi wakil pemuzik Malaysia dalam kempen EQUAL ini. Layla amat terharu dan Layla harap ini boleh dijadikan inspirasi kepada pemuzik wanita di luar sana. Kita mempunyai kekuatan untuk mengubah dunia, tidak kira siapa diri kita dan tidak kira di mana sahaja kita berada!”,

– Layla Sania

Layla mengucapkan jutaan terima kasih kepada peminatnya yang telah setia menyokongnya dan Layla juga ingin berterima kasih kepada rakan media yang tidak pernah jemu menyokong kerjayanya dari mula hingga kini. Tahniah buat Layla! Semoga terus sukses ya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizan Razak Menyesal Tak Sudah Sebab Beli Kereta Mewah Ferrari di Usia Muda

Tiga Lori Bawa Misi Bantuan Ebit Lew Diarah Berpatah Balik, Ini Penjelasan Ketua Polis Daerah