Baru-baru ini, timbul desas-desus yang mengatakan pelakon Janna Nick tidak lagi menjadi pengacara Melodi.
Biarpun masih belum ada pegesahan rasmi daripada pihak Melodi, namun ada beberapa nama yang menjadi sebutan.
Yang terkini, nama yang menjadi sebutan adalah pelakon Nabila Huda yang dikatakan akan menggantikan tempat Janna.
Malah, hint yang diberikan oleh seorang lagi pengacara iaitu Awal Ashaari menerusi Insta Story miliknya menguatkan lagu desas-desus berkenaan.
“I’m so proud of you Cik Abil @kupu_kupu. Cik awal rasa tak ada orang yang lebih layak melainkan you.
“Ada seminggu je lagi nak dating dengan Cik Bert & Keisha puas-puas. Lepas ni, mummy dia busy hujung minggu,” tulisnya.
Sebelum ini, Janna Nick menjadi pengacara Melodi pada tahun Januari 2018 bersama Ajak Shiro.
Bagaimanapun, Ajak Shiro mengundurkan diri dan tempatnya digantikan dengan Awal Ashaari.