Ia susulan Norazam dirawat di sebuah pusat perubatan di ibu negara selepas keadaan kesihatannya tiba-tiba merosot akibat positif Covid-19.
“Kepada yang bertanya mengenai keadaan suami saya, alhamdulillah suami beransur pulih, cuma tak boleh bercakap banyak kerana cepat penat,”
– Rebecca Nur Al-Islam
Menurut Rebecca, dia juga bersyukur apabila kesemua anak-anaknya sudah beransur sihat dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan mereka.
“Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT. Anak-anak saya sudah sihat sepenuhnya.
“Terima kasih kepada ahli keluarga, saudara-mara, kawan-kawan, rakan-rakan artis, rakan media dan semua pengikut kesayangan saya yang banyak mendoakan kesihatan anak-anak serta seluruh keluarga saya,”
– Rebecca Nur Al-Islam
Dalam masa sama Rebecca berkata, dia tidak dapat membalas jasa baik orang disekeliling yang banyak membantu dirinya ketika berdepan ujian dalam hidup.
“Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas segala doa dan kebaikan anda. Semoga anda semua sentiasa dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah,”
– Rebecca Nur Al-Islam
Terdahulu Rebecca berkongsi keadaan suaminya yang secara tiba-tiba sesak nafas dan dikejarkan ke hospital pada 13 Julai lalu.
Rebecca pada sesi siaran langsung di Instagram berkata, apa yang paling menyedihkan adalah ketika menghubungi lebih 20 hospital ibu kota dan Selangor tiada satu pun mahu menerima suaminya yang memerlukan bantuan oksigen dengan segera susulan kepadatan pesakit positif Covid-19.
*Sumber: Harian Metro