in ,

Caprice Cukur Kepala, Teruskan Misi Solo, Sekali Netizan Suruh Dia Kahwin

Aris Ramli kata dia tak nak balik dengan tangan kosong. Dia ada misi solonya sendiri. Apakah misinya? Sama-sama kita nantikan.

Aktivis kemanusiaan dan penyanyi rap, Caprice tetap meneruskan misi kemanusiannya walaupun secara solo untuk membantu rakyat Palestin.

Pemilik nama lengkap, Ariz Ramli yang kini berada di Cairo, Mesir berjanji, akan membanggakan rakyat Malaysuia, bahkan membuktikan kebenaran untuk setiap perkara yang pernah diperkatakan sebelum ini.

“Salam Malaysia. Baru habis ‘packing’. Saya cuma nak cakap yang saya akan teruskan dengan misi seorang diri. Semua yang lain sudah balik ke Malaysia.

“Tetapi, saya telah memilih untuk melunaskan misi saya. Insya-Allah. Waktu ini telah menjadi perjalanan yang paling sukar dalam kehidupan saya selama kita berjuang, berjihad dan beribadah.

“Saya percaya dengan hikmah. Ada sebab mengapa semua ini berlaku. Satu hari nanti, saya akan buktikan kebenaran. I’ll see you when I see you, Malaysia (Jumpa kalian semua tapi saya tak tahu bila, Malaysia),”

– Caprice

Aris Ramli berkata menerusi beberapa muat naik video dalam IG Story miliknya beberapa jam lalu.

Dalam untaian video berkenaan, Caprice turut berkongsi satu video ‘boomerang’ dipercayai sudah mencukur atau membotakkan kepala.

Dalam meneruskan misi diteruskan secara bersendirian, pelantun lagu Lenglui itu sekali lagi memohon maaf kepada sesiapa yang terkesan dengan perbuatannya sebelum ini.

“Saya minta maaf kepada sesiapa yang terluka, kecewa dan berkecil hati. Insya-Allah, saya akan membanggakan anda semua. Demi ummah, demi Malaysia,”

– Caprice

Terdahulu, negara digemparkan dengan pendedahan Caprice yang mendakwa pasukan Ustaz Ebit Lew yang berada di Gaza, Palestin sudah menconteng arang terhadap imej negara apabila memburukkan nama Malaysia tindak-tanduk yang tidak sewajarnya.

Antara dakwaan Caprice termasuklah masyarakat Arab, terutamanya rakyat Palestin tidak selesa apabila Ebit mengambil atau merakam gambar menunjukkan wajah mereka terutama anak-anak kecil saat menghulurkan bantuan.

CAPRICE

Teruskan Misi Seorang Diri, Caprice Dedah Apa Akan Berlaku Selepas Ini

GENGGAM bara api biar sampai jadi arang!

Mungkin itu menjadi prinsip pegangan penyanyi rap Caprice untuk meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin yang masih belum sempurna.

Pada pagi Hari Raya Aidiladha, Caprice atau Ariz Ramli, 33, memberi gambaran bahawa dia berkemungkinan tidak akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

“Baru habis packing, saya nak beritahu bahawa saya akan teruskan misi seorang diri.

“Semua orang sudah pulang ke Malaysia tapi saya memilih untuk lengkapkan misi, insyaAllah,” katanya menerusi beberapa klip video di Instastory pada pagi Selasa.
Caprice percaya setiap yang berlaku mempunyai hikmah tertentu.

Bagaimanapun dia tidak menyatakan lokasi yang bakal ditujunya nanti.

Pada Isnin, Caprice tampil memohon maaf kepada beberapa pihak termasuk pendakwah popular, Ebit Lew kerana beberapa tindakannya sebelum ini yang dibuat mengikut emosi.

Mengulas lanjut tentang keputusannya untuk tidak terus pulang ke Malaysia, Caprice yang kini berada di Cairo, Mesir berkata dia percaya setiap yang berlaku mempunyai hikmah tertentu.

“Ini adalah antara perjalanan yang sukar dalam hidup saya, selama kita berjuang, berjihad dan beribadah.

“Tapi saya benar-benar percaya tentang hikmah, saya percaya ada alasan terhadap semua yang berlaku. Sekali lagi saya minta maaf kepada siapa sahaja yang saya lukakan, kecewakan,”

Tambah Caprice, dia juga yakin satu hari nanti orang ramai akan faham tentang isu yang cuba disampaikan pada ketika ini.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Rumah Pahang di Cairo untuk selama tiga minggu ini.

“Saya amat hargai dan insyaAllah satu hari nanti saya akan buktikan my point, I will see you when I see you Malaysia.

“Sekali lagi saya minta maaf kepada siapa sahaja yang saya lukakan, kecewakan… saya minta maaf. InsyaAllah saya akan banggakan kalian, demi ummah, demi Malaysia,” katanya.

Caprice berangkat ke Palestin pada 24 Jun lalu bagi menyertai misi bantuan ke Gaza.

Caprice Menangis Mungkin Tak Nak Balik Malaysia Selagi Tak Tukar Kerajaan

Terdahulu selebriti media sosial terkenal iaitu Caprice telah membuat sesi siaran langsung di Instagramnya bersama beberapa individu.

Pada awalnya kelihatan seorang pelajar Malaysia yang berada di Cairo dan beberapa orang berbangsa Arab.

Namun kemudiannya kelihatan pelakon popular iaitu Sharnaaz Ahmad Pula muncul dalam sesi live berkenaan.

Dalam sesi live yang di tonton oleh hampir 245 ribu penonton itu, ramai yang ternanti-nanti apa yang mahu didedahkan oleh Caprice selepas dia membuat pendedahan mengenai Ustaz Ebit Lew yang telah menyekat akaun Instagramnya di Insta Story.

Tetapi di hujung sesi live tersebut bersama Sharnaaz, Caprice telah mendedahkan satu ‘rahsia’ iaitu dia mungkin tidak akan pulang ke Malaysia sekiranya kerajaan tidak bertukar dalam masa terdekat ini.

Caprice juga dilihat menitiskan air mata dalam sesi live berkenaan kerana sudah tidak mampu menahan emosinya.

Katanya lagi, terdapat mainan politik kotor yang berlaku, namun segalanya akan didedahkan dengan lebih lanjut pada 21 Julai ini.

Caprice Disakat Netizen, Diminta Umum Nak Kahwin Je Pada 21 Julai Ini

Tindakan aktivis kemanusiaan dan penyanyi rap popular, Caprice memadam hantaran gambar ‘poster’ pemb0ngkaran yang kebobrokan misi kemanusiaan Palestin yang sepatutnya berlangsung esok mengundang skeprikal dan komen nakal netizen dengan dakwaan tarikh berkenaan mungkin menjadi detik perkahwinan lelaki itu.

Sebagai respons, Pelantun lagu Lenglui itu turut memuat naik satu hantaran berkenaan perihal tersebut bersama tangkap layar seseorang berserta video muzik dan sesi motivasi yang pernah dilunaskannya.

“Pada aku, Caprice ini kena kahwin, dia rasa dia sahaja betul, dah kahwin nanti senyaplah dia baru tahu makhluk apa selalu betul,” tulis seorang netizen.

CAPRICE

Kata orang, menjadi kelaziman apabila seseorang lelaki sudah berkahwin, ada satu golongan yang sentiasa merasakan diri mereka betul iaitu golongan isteri atau suri rumah.

“Dia ada ‘point’. Selamat Hari Raya Aidiladha,” tulisnya seraya menyertakan sebuah video perjalanan muzik berisi dakwah serta jihadnya termasuk sesi motivasi yang pernah dijayakannya.

Dalam ruangan komen, ada yang berseloroh esok (21 Julai) mungkin tarikh pernikahan Caprice memandangkan pembongkaran yang dijanjikan barangkali sudah dibatalkan atau ditunda.

“21 Julai jadi tak bongkarkan rahsia? Janji harus ditepati. Bang, Bang!,” sakat seorang netizen.

Seorang netizen lain menulis: “Jadi, 21 Julai (esok) ini Caprice kahwin?.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BTS & YouTube Umum Cabaran ‘Permission to Dance’ di YouTube Shorts

Platform Radio Media Prima, RIPPLE Umum Transformasi, Tukar Penyampai Radio