Hari ini, ikon pop abad ke-21 BTS dan YouTube secara rasminya mengumumkan cabaran Permission to Dance yang bermula dari Jumaat ini, 23 Julai, hingga Sabtu, 14 Ogos – eksklusif di YouTube Shorts.
BTS menjemput seluruh dunia untuk menari bersama mereka dengan lagu terbaharu mereka, “Permission to Dance”, untuk cabaran tarian dunia pertama di YouTube Shorts berikutan perkembangan globalnya. Mulai Jumaat ini, para peminat dari seluruh dunia boleh mencipta YouTube Short sepanjang 15 saat terus dari aplikasi mudah alih YouTube, meniru pergerakan tarian utama dari video muzik “Permission to Dance”.
Gerak tari untuk cabaran ini adalah “Isyarat Antarabangsa” yang dilihat dilakukan oleh kumpulan tujuh ahli ini, yang membawa maksud “Keamanan”, “Tarian”, dan “Kegembiraan”. Sementara Lirik “Permission to Dance” menggalakkan pendengar bergerak mengikut rentak hati, BTS menyatukan dunia sekali lagi dengan tarian istimewa ini dan menjemput orang ramai untuk menambah gaya mereka sendiri kepada ciptaan YouTube Shorts mereka.
Sebagai sebahagian daripada cabaran ini, BTS akan memilih beberapa Shorts kegemaran mereka dan memasukkannya di dalam sebuah kompilasi video, oleh itu peserta digalakkan untuk menggunakan tanda pagar #PermissiontoDance dan #Shorts supaya ciptaan mereka dipertimbangkan.* Untuk ilham tarian yang selanjutnya, tontoni koreografi “Permission to Dance” dari desktop di SINI dan pada aplikasi mudah alih di SINI.
“Permission to Dance” adalah sebuah lagu yang akan memberikan peluang kepada semua untuk bergerak dan menari sekali lagi. Kami juga telah menyediakan cabaran “Permission to Dance” dengan YouTube Shorts, jadi sila nantikan lebih banyak lagi,” kata BTS dalam pengumuman pembabitan baharu ini.
Shin Young Jae, Pengurus Am BIGHIT MUSIC menambah, “Seperti juga “Permission to Dance” membawa mesej anda tidak perlu meminta kebenaran sesiapa untuk menari, kami berharap kami akan dapat menyatukan semua di serata dunia, untuk menari bersama kami, bebas daripada sebarang had atau kekangan. Kami teruja untuk melihat cabaran ini menjadi nyata di YouTube Shorts dan tidak sabar untuk melihat apa yang anda cipta.”
“Memecah rekod demi rekod di YouTube, sumbangan besar BTS kepada dunia musik telah menjadikan mereka sebuah kuasa yang tidak dapat dinafikan. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan mereka dalam cabaran Permission to Dance di YouTube Shorts, sekaligus membantu untuk meyebarkan kegembiraan dan membina hubungan yang berpanjangan di kalangan peminat mereka di YouTube merentas dunia. Kami seronok untuk melihat para ARMY menari!”
– Lyor Cohen, Ketua Global Musik YouTube.
Pada minggu yang lalu, BTS membuat persembahan sulung televisyen “Permission to Dance” di rancangan The Tonight Show Starring Jimmy Fallon. BTS membuat tayangan perdana video musik rasmi untuk “Permission to Dance” hanya dua minggu yang lepas sahaja, dan telah menerima 170 juta tontonan di YouTube hingga hari ini.
Debut video ini menjadi lagu kelima kumpulan pemecah rekod ini di senarai 10 teratas YouTube, senarai muzik debut 24 jam terbesar, sepanjang masa, dengan kumpulan ini kini memiliki 50% tempat, termasuk #1 untuk “Butter” dan #2 untuk “Dynamite.” “Butter” juga memegang rekod untuk tayangan perdana video musik yang terbesar sepanjang masa, dengan 3.9 juta penonton serentak pada masa puncak dan memegang slot teratas di carta Lagu Global Teratas YouTube untuk tujuh minggu berturut-turut.
Di peringkat global, BTS merupakan salah satu daripada 5 artis yang paling banyak ditonton di YouTube setakat ini pada tahun ini; dan dalam 12 bulan yang lalu, mereka telah meraih lebih daripada 10 bilion tontonan di platform itu. Dengan 54 juta pelanggan di Channel Artis Rasminya, mereka merupakan artis ketiga yang paling banyak dilanggan di YouTube. BTS telah menyertai kelab tontonan billion yang didambakan itu, pada tiga kesempatan berbeza dengan hitsnya “DNA,” “Boy With Luv,” dan paling baharu “Dynamite.”
Bersedia untuk menari Jumaat ini, 23 Julai, dan nantikan maklumat lanjut mengenai cabaran Permission to Dance di YouTube Shorts!
*Memuat naik Short tidak akan menjamin ciptaan anda akan dipilih. Short anda tidak akan digunakan dalam cara ini tanpa kebenaran anda*