Bagaikan sudah tersedar, Caprice telah meminta maaf di atas segala hal yang timbul seja dua menjak ini.
Dari apa yang ditulis, ada beberapa nama yang kami sebutkan untuk meminta maaf, dan ini termasuk Datuk Seri Hisammuddin, Tunku Mahkota Johor serta Ebit Lew.
Jon baca luahan hati terbaru dari Caprice.
“Assalamualaikum Tuanku Tunku Mahkota Johor, Hishammuddin Hussein, Ebit Lew, di sini Caprice nak mohon dan minta maaf di atas kesilapan yang Caprice buat.”
“Yang mana saya ni dah terlalu beremosi berkenaan pejuangan demi ummah, Palestine, dan untuk rakyat Malaysia. Apa yang terjadi merupakan kesilapan oleh Caprice sendiri dan tiada pihak lain yang terlibat.”
“Caprice nak beri ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Duta Malaysia di Mesir, dan kerajaan Mesir untuk semua hospitality, support, and keselamatan serta sekuriti 24 jam ketika Caprice ada di Mesir.”
“Terima kasih kepada Datuk Seri Azeez Rahim yang bagai seorang ayah kepada Caprice selama kita kenal. Saya tak boleh nak balas jasa dengan apa yang dicurahkan kasih sayang yang dutunjukan sepanjang misi ini.”
“Terima kasih kepada semua member HM4P, team Mercy serta semua abang-abang yang dah guide Caprice sepanjang 30 hari ini.”
“Kepada Dato Farid, Dato Razali, Doktor Kassim, and Abdulla, saya tak boleh meminta brother yang lebih baik dari kalian untuk pengalaman ini. Terima kasih di atas segala bualan dan guidance.”
“Akhirnya Caprice nak minta maaf kepada ibu bapa Cap yang rasa risau tentang Cap. I love you dan intention Caprice adalah untuk buat kamu berbangga.”
“Minta maaf kepada Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia. Dengan keizinannya, Caprice akan pulang selepas selesaikan segala janji di Palestine, I am sorry, salam.”
Kenyataan Terbaru Caprice, Akui Buat Kesilapan, Netizen Tertanya 21 Julai Tak Jadi?
Itulah kenyataan terkini dari Caprice, semua segalanya baik-baik saja buat Caprice dan dapat fokus dalam misinya menyatukan ummah. Sementara itu ramai yang tertanya sama ada live pembongkaran Caprice pada 21 Julai ini jadi atau tidak.
Kami sendiri tidak pasti sama ada pendedahan yang sering dicanang-canang oleh Caprice setiap hari di Instagramnya itu akan berlaku ataupun tidak. Sama-sama kita nantikan.