Farah yang dulunya merupakan antara peserta dan bintang Akademi Fantasia musim kedua (AF2) telah meluahkan rasa syukur apabila dia dan anak-anak berjaya menamatkan misi kuarantin Covid-19 pada 12 Julai lalu.
“Memori kami. Alhamdulillah tamat sudah misi kuarantin kami anak beranak. Doakan kami, doakan kita semua, doakan dunia cepat sembuh hendaknya Amin YRA. Terima kasih para petugas Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya, love you!!” kata penyanyi dan pengacara, Farah Anuar menerusi laman Instagram miliknya.
Melihat entri yang dimuatnaik, Farah berkongsi fotonya bersama anak-anak termasuk bayi berusia 9 bulan memakai gelang kuarantin atau ‘gelang pink’. Dalam masa sama, Farah meminta agar semua mendoakan kesembuhan seluruh ahli keluarganya.
Mengimbau kembali detik ketika mendapat tahu salah seorang ahli keluarga mereka positif Covid-19, Farah memberitahu dia bertindak pantas untuk melakukan ujian calitan terhadap anak-anaknya.
“Bila dpt tahu salah seorang dari family member positive Covid-19, perkara pertama terlintas di fikiran of course lah anak-anak. Yang penting nak kena buat swab test utk tahu keputusan dgn kadar segera.
“Maka drama pun bermula. Mummy pun terpaksa bukak langkah, tunjuk kepakaran silat dpn anak-anak. Alhamdulillah 2x swab, semuanya negative.
“Thank you so much to @kumpulan_megaklinik_zahran @kai_armd kerana memudahkan saringan covid kami di rumah dengan pantas.
“Farah nak ambik kesempatan ini juga utk berterima kasih kepada SEMUA frontliners, tak boleh bayangkan mcm mana u all kerja dan lawan pandemik ni setiap hari. Kuatkan semangat!! Semoga ada hikmah buat kita semua. Stay safe,” tulisnya.
Untuk makluman, Farah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Johan Johari pada Julai 2011. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.
Kami di Budiey Channel mendoakan semoga Farah dan keluarga sihat walafiat seperti sediakala serta dilancarkan segala urusan. Amin.