Mungkin ramai tidak tahu, Bob bertanggungjawab melatih vokal Sufian Suhaimi sejak penyanyi itu merakamkan single pertama hingga keempat, selain Afieq Shazwan, Luqman Faiz, Amelina, Mimi Fly dan Haiza.
Bob bersyukur rakan seperjuangan, syarikat rakaman dan individu yang berminat mendalami teknik nyanyian, menaruh kepercayaan terhadapnya sebagai guru vokal.
“Dalam situasi sekarang, karier seni diteruskan tetapi tidaklah seperti biasa kerana tiada persembahan terbuka atau program dijayakan.
Bob merancang membuka kelas vokal atas talian bagi membolehkan sesiapa sahaja mempelajari teknik kawalan suara daripadanya. Foto IG Bob Yusof
“Saya lebih banyak melakukan aktiviti atas talian kerana ada yang meminta saya mengajar teknik asas nyanyian secara virtual… Inilah punca pendapatan saya sekarang,”
Melihat sambutan baik termasuk dalam kalangan penyanyi yang sudah mencipta nama, Bob yang juga bekas peserta program realiti, Akademi Fantasia (AF) terfikir membuka kelas nyanyian kepada orang ramai.
“Mungkin tidak lama lagi, saya akan buka kelas vokal kepada orang ramai. Sebenarnya, sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya sudah mula anjurkan kelas atas talian,” katanya yang popular dengan lagu Cinta Seorang Teman.
Mengenai karier nyanyian, Bob menunggu waktu sesuai untuk melancarkan single baharu, Beribu Rasa selepas penularan COVID-19 reda.
“Andai mengikut perancangan, tahun lalu saya sepatutnya melancarkan beberapa single. Selepas single Dan Hari Ini dilancarkan, fasa pertama PKP dilaksanakan.
“Berikutan itu, perancangan untuk melancarkan single berikutnya, iaitu Beribu Rasa tertangguh biarpun rakaman dan video muzik sudah siap sebelum fasa kedua PKP lalu,” katanya.
Februari tahu lalu, Bob muncul dengan single Dan Hari ini ciptaan Sharon Paul bersama Hanz Guo Hang dan lirik dihasilkan Rudy Imran.
*Sumber: BH Online