Personaliti TV, Farrah Adeeba berkongsi penjelasan mengenai isu Ustaz Ebit Lew (UEL) yang hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu.
Dalam hantarannya di Instagram, Farrah juga berkongsi surat rasmi ucapan takziah daripada Kementerian Luar Gaza kepada Ebit.
“Ini dia penjelasan dari sumber rasmi Gaza Palestin berkenaan isu Ustaz Ebit Lew. Harap terlerai segala kerisauan.
“Saya percaya kita semua hanya nak lihat Palestin bebas dari penjajahan. Kita buat kerja sama-sama. Kita berdoa, jangan sebab isu kecil, kerja besar kita terjejas,” tulisnya.
Farrah juga mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya, dikenali sebagai Dr Wesam yang menetap di Gaza atas perkongsian dan penjelasan itu.
“Terima kasih Dr Wesam, sahabat saya, pensyarah di Universiti of Gaza, di atas maklumat dan penjelasan.
“Saya kongsikan di sini surat rasmi dari Kementerian Luar Gaza yang diberikan kepada Ustaz Ebit Lew.
Menutup hantarannya, Farrah juga mengajak pengikutnya di platform media sosial itu supaya mencari jalan perdamaian sekiranya berlaku perselisihan faham.
Surat rasmi ucapan takziah daripada Kementerian Luar Gaza kepada Ebit yang dikongsi Farra Adeeba di Instagram.
“Tenang sikit hati ini bila dapat maklumat rasmi. Dan kalau ada perselisihan, kita damaikan.
“Jangan kita tambah api, atau ‘seronok’ pegang popcorn tengok saudara kita berbalah macam menonton filem. Ia sangat menjengkelkan,” tulisnya.
Turut dikongsikan Farrah adalah tangkap layar mesej yang dihantar sahabatnya mengenai sambutan baik rakyat Palestin di atas kehadiran Ebit dan pasukannya.
“Saya baca tadi mengenai isu Ustaz Ebit Lew yang sedang hangat di Malaysia. Di Gaza, tak ada apa-apa cerita orang marah atau apa.
“Rakyat Palestin berterima kasih dan hargai semua orang yang bersoladariti dengan orang Palestin. Terima kasih Ustaz Ebit Lew, terima kasih Malaysia.
“Semoga semua rakyat Malaysia selamat, semoga Allah pelihara rakyat Malaysia dari wabak Covid-19,” tulisnya dalam tangkap layar mesej itu.
Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai perbalahan antara penyanyi rap, Caprice yang ingin mendedahkan sesuatu mengenai kehadiran Ebit bersama pasukannya di Gaza, Palestin baru-baru ini.1
Caprice bagaimanapun menunggu tarikh 21 Julai ini untuk membuat penjelasan lanjut mengenai perkara itu.
Hanya Fikir Kepentingan Peribadi, Kejar Publisiti – TMJ
JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak tindakan segelintir individu yang hanya mementingkan diri sendiri selain mengejar publisiti semata-mata.
Tunku Ismail berkata demikian menerusi tulisan yang dimuat naik diruang komen Instagram miliknya, hrhcrownprinceofjohor semalam.
“Fikir negara dilanda krisis. Tetapi ada beberapa individu hanya memikirkan kepentingan peribadi dan kejar publisiti.
“Jaguh handal dalam social media (media sosial), on the ground no balls (di lapangan tiada apa-apa).
“Too many berpura-pura/fake (terlalu banyak berpura-pura), some people need backhand (ada orang nak kena tangan belakang),”tulis TMJ dalam komennya.
Tulisan itu dikatakan mempunyai kaitan kaitan dengan kontroversi yang tercetus selepas penyanyi rap dan usahawan, Caprice mempersoalkan tingkah laku Ustaz Ebit Lew ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini.
Terdahulu, Tunku Ismail memuat naik sekeping gambar dengan memuat naik jam pasir sehingga mencetuskan tanda tanya pengikutnya.
Ustaz Ebit Lew kemudiannya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tunku Ismail di atas keperihatinan bertanyakan khabar di atas pemergian ayahnya akibat kanser perut pada Selasa lalu.
Tunku Ismail memberi respon dengan memberikan kata-kata semangat buat Ustaz Ebit supaya terus berdakwah dan membantu rakyat