Sebut sahaja ‘The Pocket Rocketman’ terus kita terbayangkan susuk tubuh atlet negara, Azizulhasni Awang yang telah banyak mengharumkan nama Malaysia melalui sukan trek berbasikal.
Terbaharu, beliau yang baru berusia 33 tahun telah dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Datuk berkuat kuasa hari ini.
Berita tersebut mula mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata sangat gembira dengan gelaran Datuk yang dikurniakan kepada beliau.
Menurut orang ramai, Datuk Azizulhasni Awang layak menerima gelaran tersebut kerana beliau telah banyak memberikan sumbangan dan mengharumkan nama negara melalui bidang sukan yang beliau ceburi.