Rumah Anak Teater (RAT) dengan kerjasama The Actor’s Studio akan mempertunjukkan sebuah teater bertajuk SHORT EYES yang akan dipersembahkan dalam Bahasa Malaysia. Karya ini merupakan olahan dan diarahkan oleh pengarah muda berbakat, Fared Ayam dengan Nam Ron sebagai Pengarah Artistik.
Teater SHORT EYES ini akan dibintangi oleh pelakon-pelakon muda berbakat seperti Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Taiyuddin Bakar, Khairunadzwan Rodzy, Tayanithi, Khairil Ridzuan K’N, Kirin Muhamad, Hafizee Hatta, Xavier Fong, Nam Ron dan penampilan istimewa, Faisal Mustaffa.
Short Eyes merupakan satu drama yang menggambarkan kehidupan masyarakat yang minoriti. Segala yang berlaku mencerminkan dunia luar, yang juga mempunyai kepentingan penerimaan, nilai dan moral masyarakat. Walaupun kedua-dua dunia adalah selari, kepentingan-kepentingan ini adalah lebih tegas di dalam alam sebuah penjara.
Dalam pementasan ini, kita melihat watak lelaki yang memikul beban, di mana dia mesti mendapatkan sesuatu hasil daripada apa yang dilakukannya. Sepertimana watak Omar menerangkan kepada Mr. Nett ketika dia diminta untuk berjanji supaya tidak bergaduh lagi “Saya tak boleh janji untuk perkara macam itu.. janji itu ikatan. Lelaki dalam penjara tak ada apa-apa selain janji, dan dia harus berjaga-jaga tentang siapa, bagaimana dan untuk apa dia bagi janji itu.. ”
Apabila Clark Davis ditahan atas tuduhan pesalah seks kanak-kanak/pedofil (dan dia juga merupakan seorang lelaki kulit putih kelas menengah), tahanan-tahanan lain telah menganggap dan memandang itu sebagai kejam.
Sedangkan kumpulan tahanan ini sendiri yang menjalani hukuman mereka, yang berdasarkan tuduhan dan justifikasi masyarakat dunia luar.
Watak-watak dalam pementasan ini terdiri daripada tahanan-tahanan orang kulit hitam (afrika-amerika), bangsa Puerto Rico dan kulit putih. Mereka mempunyai cara mereka sendiri untuk bergaul sesama sendiri dalam masyarakat mereka sendiri dan juga untuk mencari jalan untuk melepaskan diri daripada terperangkap dalam kegilaan dan keserabutan mental, sama ada melalui kasih sayang, agama, keganasan, kepercayaan, dadah dan sebagainya. Short Eyes bukan hanya satu pementasan berkenaan kehidupan dalam penjara, tetapi sebenarnya memaparkan tentang realiti kehidupan sebenar masyarakat dunia luar.
Tarikh pementasan:
Full Dress Rehearsal: Rabu, 16 Mac 2011, 8.30pm
Show Time: Khamis, 17 Mac 2011 – Sabtu 19 Mac 2011, 8.30pm dan Ahad, 20 Mac 2010, 3pm
Tempat:
The Actors’ Studio @ Lot 10, Kuala Lumpur
Roof Top, Level 8, Lot 10 Shopping Centre 50 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpu
Tiket :
Malam pratonton: RM15 untuk semua tempat duduk
Waktu Pementasan: RM35 (dewasa), RM25* (pelajar dengan kad pelajar yang sah dan OKU)
*Terhad kepada 60 tempat bagi setiap pementasan.
Sebarang tempahan tiket sila hubungi 03-2142009 / 0321432009.
Facebook Event Page, klik SINI
Untuk keterangan lanjut:
http://www.theactorsstudio.com.my
http://rumahanakteater.blogspot.com