in , ,

Dokumentari Masjid Al-Ghazali, Wakaf Ikhlas Mangsa Tragedi MH17, Aidiladha Ini di RTM

Peristiwa sedih melibatkan mangsa tragedi MH17 masih dikenang sehingga kini dan akan selamanya tersimpan dalam lipatan memori seluruh rakyat Malaysia. Apatahlagi bagi keluarga terdekat dan saudara mara mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Dalam sambutan Aidiladha tahun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan dokumentari bertajuk “Masjid Al-Ghazali” pada 20 Julai ini, pukul 1.30 tengah hari menerusi saluran TV1 dan esoknya, 21 Julai, pukul 9.00 malam di TV Okey.

Dokumentari khas ini berkongsi memaparkan pembinaan dan seni bina Masjid Al-Ghazali yang didirikan menggunakan bayaran wang pampasan mangsa tragedi MH17 empat tahun lalu. 

Mangsa tragedi MH17 adalah Jurutera Petroleum, Allahyarham Tambi Jiee dan isterinya Allahyarhamah Ariza Ghazalee bersama-sama empat anak mereka Muhammad Afif, Muhammad Afzal, Marsha Azmeena dan Muhammad Afruz yang berasal dari Sarawak telah terkorban selepas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dinaiki mereka ditembak jatuh di Donestk, Timur Ukraine.

Dokumentari Masjid Al-Ghazali, Wakaf Ikhlas Mangsa Tragedi MH17, Aidiladha Ini di RTM

Masjid Al-Ghazali yang terletak di Jalan Depo, Petra Jaya, Sarawak ini cukup memberi makna kepada waris enam sekeluarga yang terkorban.  Istimewanya masjid ini menampilkan reka bentuk Islamik moden yang dilengkapi ruang solat jemaah wanita, tempat wuduk, blok tandas, bilik pejabat dan tempat parkir kenderaan.

Wakaf ikhlas ini diharapkan dapat menjadi dana akhirat arwah sekeluarga. Masjid berwarna kelabu itu dibina dengan sebahagian besarnya kosnya menggunakan wang pampasan diterima selain sumbangan daripada orang awam yang berinfak dan mewakafkan serta sumbangan daripada Kerajaan Sarawak.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama SUARA HATI Gandingan Pertama Syafiq Kyle & Hanna Aqeela

Ini Reaksi Spontan Rita Rudaini Apabila Digelar Anti Vaksin di Instagram