Seperti tahun-tahun sebelum ini, Metrowealth (MIG) sekali lagi mengadakan Majlis Malam Penghargaan dan Penyampaian Bonus untuk meraikan serta berkongsi rezeki dengan semua yang menjayakan terbitannya.
Dengan tagline 1 Dekad, 49 Filem, majlis gilang gemilang yang diadakan di Hotel One World itu dihadiri juga oleh ramai tetamu jemputan yang terdiri daripada krew, selebriti, artis MIG, pelakon, penggerak filem, media dan penulis blog.
Majlis dikendalikan oleh hos yang juga artis MIG, Lisa Surihani, Angah dan Along Raja Lawak.
Sejak tahun penubuhan MIG pada tahun 2000, nampaknya 2010 adalah tahun paling cemerlang buat MIG kerana 29 buah filem yang ditayangkan di pawagam sepanjang tahun 2010, 11 daripadanya adalah daripada terbitan MIG. Ini membuktikan MIG begiitu konsisten dan bekerja keras untuk buat filem.
Lebih membanggakan, daripada RM73 juta kutipan keseluruhan untuk tahun 2010, RM42juta adalah milik MIG. Bagi MIG, ini adalah satu angka yang besar dan sungguh membanggakan.
Menurut kata boss besar MIG, Encik David Teo, ini satu pencapaian dan anugerah tersebut, dan pada malam ini anugerah itu dikongsi bersama kepada semua yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis, pihak media dan semuanya. Tanpa sokongan padu dari semua pihak, kejayaan ini tidak pasti menjadi nyata.
Bukan sekadar kutipan filem, perancangan membentuk modal insan dalam industri hiburan nampaknya telah menunjukkan kejayaan. Buktinya, Skim 10 Pengarah Muda MIG yang diperkenalkan tahun 2007 sehingga kini telah memperkenalkan 7 orang pengarah muda dan 6 diantaranya telah berjaya menghasilkan filem dan mencapai kutipan box office. Paling berjaya adalah Ismail Bob Husin menerusi Ngangkung yang dihasilkan sebagai filem pertama. Di majlis ini beliau menerima sebuah kereta Toyota Alphard. Tahniah bro!
Antara kejayaan MIG sepanjang tahun 2010:
- Filem Ngangkung dicatatkan di Malaysia Book of Records 2011 sebagai Filem Dengan Kutipan Box Office Paling Tinggi iaitu RM8.4 juta.
- Filem Adnan Sempit yang ditayangkan awal tahun lalu pula mencatat kutipan RM7.8juta. Manakla filem lain antaranya mendapat antara RM2juta hingga RM5juta.
Begitu juga dengan bidang pengurusan artis, nampaknya artis di bawah naungan MIG seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Adeline Tsen dan ramai lagi semakin kuat menapak dalam industri hiburan. Sekaligus menarik minat artis popular yang lain seperti Shaheizy Sam, Kamal Adli, Fizo Omar, Angah dan Along Raja Lawak memilih MIG untuk mengurus kerjaya seni mereka. Ini menjadikan jumlah artis naungan MIG sehingga kini mencecah hampir 50 orang.
Untuk tahun 2011 pula MIG akan terus menerbitkan filem. Antaranya seperti Kembar Siang, Kongsi, Keramat, Senario The Movie Ops Pocot, Sekali Lagi, 321 Cinta, Flat 3A, 8 Jam, Alamak, Toyol!, Pe3 dan banyak lagi.
Syabas untuk MIG.
Ini Lisa Surihani cuma menggantikan staf MIG je ni. Dapat rumah!
Staf MIG dapat rumah Semi – D 2 Tingkat.
Azahari, Pegawai Perhubungan Media dapat sebuah kereta Mercedez Benz E 200
Shaheizy Sam yang baru sahaja join MIG terus dapat rumah Semi D 2 Tingkat
Bukan itu sahaja, Sam juga menerima pakej mengerjakan umrah bersama kedua ibu bapanya bernilai RM30ribu. Tahniah Sam!
Brian Ng pula menerima sebuah banglo.
Farid Kamil menerima wang tunai RM30ribu
Lisa Surihani menerima wang tunai RM15ribu
Intan Ladyana menerima wang tunai RM15ribu
Tidak lupa juga, Ustaz Fauzan yang menjadi pembaca doa di setiap majlis prebiu mendapat saguhati RM10ribu
Nora Danish turut menerima RM10ribu
Angah Raja Lawak pun dapat RM10ribu
Cat Farish dapat RM5ribu.
Bakal pengarah yang juga krew MIG turut dapat saguhati. Tahniah Ollyn.