Terbaru, pembangunnya mengumumkan mereka akan memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi mereka, melalui aplikasi baharu dikenali “Nurflix Goldfish 2.0”.
Nurflix hadir melalui kemaskini baharunya dan kali ini dikenali dengan nama Nurflix TV Goldfish di gedung aplikasi Android dan iOS.
Aplikasi video penstriman ini memfokuskan pada kandungan-kandungan islamik dan telah pun hadir menemui pengguna sejak dari tahun lepas.
Untuk kemaskini baharu ini, Nurflix Goldfish 2.0 menawarkan kandungan-kandungan baharu yang lebih segar melalui usahasama dengan penerbit kandungan dari Indonesia, Mesir, Qatar, Turki dan United Kingdom.
Aplikasi ini akan menggantikan aplikasi sedia ada, dan dikatakan akan menawarkan capaian yang lebih stabil dan pantas.
Dengan kerjasama baharu ini, Nurflix dijangka akan mempunyai lebih 1,000 kandungan di platform mereka menjelang penghujung tahun 2021 ini.
Selain dari penambahan bilangan kandungan, kemaskini baharu ini juga akan menjanjikan penggunaan yang lebih stabil dan lancar berbanding versi yang terdahulu.