Janna Nick telah menggesa pihak kerajaan untuk bertindak dengan segera bagi mengekang penularan wabak dalam negara. Ujarnya tindakan kerajaan pada ketika ini telah membuatkan ramai rakyat Malaysia berasa kesal.
Walaupun pelbagai inisiatif dan strategi dilakukan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Darurat dan sebagainya kes harian COVID-19 tetap naik mendadak. Tegasnya pihak kerajaan tidak mempunyai pelan yang jelas dan sentiasa bersikap acuh tak acuh yang membuatkan negara berada dalam keadaan yang teruk dan membuang masa.
Tambah Janna, tempoh PKP yang panjang telah membuatkan ramai rakyat mengalami kesan buruknya. Dia juga berkata kanak-kanak merupakan antara golongan yang terkesan kerana tidak mendapat pendidikan awal dengan sempurnya seperti yang sepatutnya.
“Anak-anak kecil yang tak dapat pendidikan awal dengan sempurna! Apa akan jadi dengan generasi akan datang?”
– Janna Nick
Selain itu, Janna juga akui golongan usahawan tidak lagi dapat meneruskan perniagaan dan membayar gaji pekerja seperti kebiasaannya. Akhirnya mereka terpaksa membuat keputusan untuk memberhentikan pekerja atau menutup perniagaan kerana tiada sumber pendapatan.
“Business business owner ni apa cerita? Staff semua nak makan! Gaji kena bayar. Overhead cost! Hang ingat kami ni buta perut macam hampa. Boleh tidoq lena kalau tak bayar gaji depa?,”
– Janna Nick
Bagus betul Janna Nick lantang bersuara. Sesetengah artis mana ada nak bersuara macam ni. Takut nanti hilang job nanti.