in ,

Terima Kecaman dari Netizen, Nia Ramadhani Tutup Ruangan Komen di Instagram

Lumrah apabila seseorang selebriti melakukan kesilapan, netizen akan menulis komen yang berbentuk kecaman. Nasib baik pihak Nia Ramadhani sempat menutup ruangan komen di IG.

Aktres Indonesia popular, Nia Ramadhani, 31, menutup ruangan komen dalam laman Instagram (IG) selepas mendapat kecaman hebat akibat dakwaan penyalahgunaan dadah bersama suami, Adie Bakrie, 42, dan pemandu peribadinya, ZN, 42.

Media Indonesia melaporkan, berdasarkan tinjauan dibuat, pelakon sinetron Bawang Putih Bawang Merah itu menutup ruangan komen pada semua hantaran yang dimuat naik dalam IG.

“Belum diketahui siapakah menutup kolum komentar ini. Apakah Nia sendiri, pihak pengurusan ataupun pembantu peribadi yang sering menemaninya.

“Apa yang pasti selepas terkait kes penyalahgunaan dadah, netizen hanya mampu menzahirkan komen dengan menghantar mesej peribadi di IG yang hanya boleh dibaca oleh Nia sahaja,” ujar laporan berkenaan.

Lumrah apabila seseorang selebriti melakukan kesilapan, netizen akan menulis komen yang berbentuk kecaman. Nasib baik pihak Nia Ramadhani sempat menutup ruangan komen di IG.
Wajah terbaharu Nia Ramadhani yang kelihatan cengkung dan pucat tersebar di laman Twitter.

Kali terakhir Nia atau nama sebenarnya, Prianti Nur Ramadhani membuat hantaran di IG pada Isnin lalu.

Foto yang memaparkan ibu kepada tiga cahaya mata bersama abang ipar turut dihujani dengan komen negatif apabila netizen mula mengecamnya.

Dalam perkembangan berkaitan, sejurus selepas tangkapan dibuat, tinjauan di kediaman mewah pelakon berkenaan yang terletak kawasan Menteng, Jakarta Pusat kelihatan sunyi sepi.

Berdasarkan temubual media Indonesia bersama salah seorang penduduk yang juga peniaga warung yang terletak berhampiran dengan rumah Nia dikenali sebagai Pak Kumis, lelaki itu memaklumkan Nia dan suaminya jarang keluar rumah.

“Mereka jarang keluar. Kalau keluar pun kita tidak sedar kerana mereka menaiki kereta,” ujar Pak Kumis.

Tular Foto Nia Ramadhani & Ardi Bakrie Memakai Baju Tahanan
Nia Ramadhani bersama suami, Adie Bakrie dan pemandu peribadi, ZN mengenakan baju tahanan berwarna oren, namun tangan tidak digari dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jakarta Pusat, semalam. – Foto AGENSI

Berita penangkapan Nia dan suaminya itu turut mendorong banyak saluran YouTube menayangkan kembali berita menarik mengaitkannya dengan isu dadah.

Menerusi perkongsian dibuat menerusi saluran YouTube Cumicumi, tiga tahun lalu, Nia mendedahkan, dia pernah ditawarkan mengambil dadah sejak usianya masih kecil lagi.

“Sejak bergelar artis pada usia 14 tahun, dunia dadah memang sudah berada di sekeliling saya. Bagaimanapun, sama ada perkara itu boleh mempengaruhi dirinya atau tidak, itu adalah hal peribadi.

“Semua bergantung pada iman. Tawaran mengambil dadah sudah berlaku lama dan bukan hanya berlaku di kelab hiburan sahaja. Sama ada mahu ambil atau tidak, semua ini terletak pada diri sendiri,” katanya.

Menerusi laporan Tribunnews.com, Nia dan Ardi akhirnya muncul atas dakwaan penyalahgunaan dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah Jakarta Pusat, semalam.

Berdasarkan pemantauan Tribunnews.com, Nia, Ardi dan pemandu peribadinya, ZN mengenakan baju tahanan berwarna oren, namun tangan tidak digari.

Nia dan Ardi berjalan sambil menunduk kepala dengan mengenakan topi dan pelitup wajah, manakala ZN pula menutupi kepala dengan baju berhud.

Tidak sepatah perkataan terkeluar daripada mulut Nia mahu Ardi. Mereka dikawal ketat pihak polis hingga memasuki kereta.

Pasangan berkenaan dituduh atas akta 127 Undang-Undang No 35 Tahun 2009 atas penyalahgunaan dadah yang membawa kepada hukuman empat tahun penjara.

Lumrah apabila seseorang selebriti melakukan kesilapan, netizen akan menulis komen yang berbentuk kecaman. Nasib baik pihak Nia Ramadhani sempat menutup ruangan komen di IG.
Nia Ramadhani dan suami, Adie Bakrie bersama tiga cahaya matanya. – Foto IG Nia Ramadhani

Berdasarkan ujian air kencing, Nia dan Ardi positif dadah jenis syabu.

Terdahulu, polis menahan pemandu peribadi pasangan itu, ZN yang turut didakwa mengambil dadah jenis syabu. Dalam serbuan di rumah, polis menemui alat dipercayai digunakan untuk menghisap syabu.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus mendedahkan, pelakon berkenaan membeli syabu tersebut pada harga 1.5 juta rupiah (RM431)

“Nia dan Ardi mengaku mengambil bahan terlarang selama lima bulan, termasuklah pemandu peribadi,” katanya.

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelajar Temui Ajal Disebabkan Tekanan Kejar Deadline Tugasan di Universiti

Trailer & Poster Rasmi Filem Animasi Terbaru Berjudul ENCANTO