in

Dermalogica Lancar FITE Bantu Wanita

Tepat jam 11 pagi tadi (25 Januari 2011), Budiey antara media yang menyaksikan Dermalogica, produk penjagaan kulit profesional pilihan nombor satu telah memperkenalkan 5 produk yang digelar HERO di atas inisiatif globalnya yang menawarkan pinjaman mikro kepada 25,000 orang wanita seluruh dunia.

Tahniah Dermalogica dan bertuahnya wanita yang bergelar usahawan sebab dapat dana daripada produk ini.

Video Sekitar Program FITE Dermalogica:

Program ini dikenali sebagai Fite (singkatan dari Financial Independence Through Entrepreneurship) Dermalogica memulakan program ini dengan tujuan memperkasakan usahawan wanita di negara sedang membangun menerusi pinjaman kecil bagi membantu mereka memulakan atau mengembangkan perniagaan.

Dermalogica Fite

Semasa sidang media itu, Pengurus Kanan Pemasaran Dermalogica Malaysia, Chong Tzin Nui, memberitahu media bahawa 5 hero dipilih sebagai produk Dermalogica yang terlaris di peringkat antarabangsa dan diiktiraf kerana keberkesanan dan kesesuaiannya untuk pelbagai jenis kulit.

Dermalogica Fite

Hero fite ini adalah produk inovatif jenama yang mementingkan kesihatan kulit. Produk ini dirumuskan sesuai untuk semua jenis kulit.

Lebih menarik lagi, produk ini merupakan 5 produk Dermalogica yang terlaris di dunia dan mewakili 50% daripada jualan di Malaysia.

Dermalogica Fite

Ini dia barisan 5 hero itu ialah:

  1. Dermalogica Daily Microfoliant
  2. Dermalogica PreCleanse
  3. Dermalogica Skin Hydrating Booster
  4. Dermalogica Total Eye Care
  5. Dermalogica Intensive Eye Repair

Produk ini boleh dibeli dalam pembungkusan pakej bertema fite yang khas mulai 25 Januari 2011. Fite mula dilancarkan pada 6 Januari 2011 di Amerika Syarikat dan dijangka akan dijual di lebih 50 pasaran antarabangsa pada Januari 2011.

Dermalogica Fite

Ahli terapi kulit dan pengasas Dermalogica, Jane Wurwand, pernah gagal mendapatkan pinjaman sebanyak $10,000 untuk memulakan perniagaan Dermalogica pada 1986. Menurutnya, sejak memulakan jenamanya, Dermalogica telah membantu 25,000 orang wanita dalam pendidikan, perkembangan profesional dan kejayaan kewangan dalam industri penjagaan kulit untuk menjadikan mereka pemilik perniagaan yang menawarkan perkhidmatan penjagaan kulit profesional.

Perniagaan mereka seterusnya menggaji 75,000 orang lagi ahli terapi kulit profesional di seluruh dunia dan dianggarkan 98% daripada mereka terdiri daripada kaum wanita. Pelanggan mereka, iaitu anggaran 92% juga merupakan wanita.

Dermalogica Fite

Salah satu sebab Dermalogica teruja dengan program ini ialah kerana Fite adalah seiring dengan kepercayaan jenama dan model perniagaannya, dan kini Dermalogica meluaskan konsep tersebut melangkau industri dengan membantu wanita seluruh dunia.

“Apabila pelanggan kami membeli mana-mana hero fite, Dermalogica akan menyumbangkann USD1 melalui pinjaman mikro yang akan diagihkan kepada penerima khas yang layak. Ini dapat membantu dan memberi peluang kepada pelanggan untuk memainkan peranan aktif dalam memberikan pinjaman kecil kepada usahawan.. Sungguh mudah untuk menyumbang, kerana ia boleh dilakukan walaupun hanya duduk di rumah.

Cara untuk menyokong kempen ini:

  1. Membeli mana-mana produk bertemakan fite.
  2. Layari web www.joinfite.org dan pilih REDEEM CODE.
  3. Masukkan kod fite yang terdapat di salam sarung produk.
  4. Kemudian, pilih wilayah yang ingin anda sumbangkan dan jenis perniagaan yang anda sokong.
  5. Apabila selesai, Dermalogica akan memberikan USD1 kepada pinjaman micro untuk wanita yang menepati pilihan anda.

Dermalogica bekerjasama dengan peneraju pembiayaan micro bukan berasaskan keuntungan www.kiva.org dalam membantu menguruskan pinjaman melalui www.joinfite.org

Hero fite Dermalogica boleh didapati di semua Dermalogica Consultation Pod, outlet AsterSpring dan pengedar sah Dermalogica di seluruh negara.

Dermalogica Fite

Dermalogica Fite

Dermalogica Fite

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CI Asia Hong Kong’s King of Thieves

Maxis Celebrates Mobile Content Challenge Entrepreneurs