Drama PRINCE HOURS di 8TV
Slot:
Asian Hour
Tarikh siaran:
26 Mac 08- 2 Mei 08 (Isnin – Jumaat)
Masa Siaran:
7.00 malam – 8.00 malam
Bahasa:
Mandarin
Jumlah episod:
28 x 60 minit
Dibintangi oleh:
Myung Se Bin, Se7en, Kang Doo, Heo Yi Jae, Park Shin Hye, Chun Ho Jin
Dua Orang Puteri Beradu Maruah dan Cinta
8TV sekali lagi akan menghangatkan hari anda dengan mempersembahkan sebuah lagi drama bersiri Asia yang menarik. 8TV akan membawakan anda Prince Hours yang akan mula ditayangkan pada 26 Mac 2008.
Diarahkan oleh Hwang In-Roi dan menampilkan barisan pelakon Korea seperti Myung Se Bin, Se7en, Kang Doo, Heo Yi Jae, Park Shin Hye dan Chun Ho Jin. Anda pastinya tidak mahu ketinggalan walaupun sebuah dari 20 episod drama ini kerana setiap episod pastinya akan memaparkan pelbagai jalan cerita, lawak jenaka dan pengakhiran yang tidak dijangka.
Drama yang mengambil tempat di Korea Selatan ini mengisahkan mengenai seorang pemerintah negara yang merupakan seorang wanita berusia lewat 30-an dan masih belum berkahwin. Secara kebetulan, pewaris yang sedia ada meninggal dunia dengan tiba-tiba dan pada masa yang sama, peluang baginda untuk mendapatkan pewaris takhta adalah samar-samar memandangkan statusnya yang masih bujang. Ini telah merumitkan lagi pentadbiran di istana.
Baginda yang menyedari peluang yang akan diambil oleh pihak lawan apabila krisis ini berlaku kelak, secara rahsia mula mencari bakal pewaris takhta di luar istana kawasan istana.
Sementara itu, seorang pemuda yang juga merupakan anak lelaki bapa saudara kepada permaisuri bernama Lee Hoo (Se7en) telah dijumpai. Lee Hoo yang tidak pernah bermimpi untuk menjadi putera mahkota secara tiba-tiba dibawa pulang ke istana untuk menjalani sesi latihan sebelum ditabalkan menjadi raja. Walau bagaimanapun, seorang lagi pencabar yang bernama Lee Joon (Kang Doo) yang berasal dari keluarga diraja telah menggunakan kuasa mahkamah untuk mencabar Lee Hoo bagi merebut gelaran Putera Mahkota. Kedua-dua mereka perlu melepasi pelbagai siri konflik sebelum ditabal menjadi raja.
Di antara babak-babak menarik dalam drama ini ialah apabila Lee Hoo bertemu semula dengan sahabat lamanya, Yang Soon Ae (Heo Yi Jae), yang bekerja sebagai dayang istana dan mula jatuh cinta padanya. Tetapi apabila Lee Joon pula berjumpa dayang istana yang cantik, dia juga mula jatuh cinta padanya. Keadaan menjadi lebih buruk apabila mahkamah secara rahsia merancang untuk menyatukan Lee Hoo dengan Shin Sae Ryung (Park Shin Hye) yang merupakan anak kepada Perdana Menteri.
Rahsia mengenai nasib ibu Lee Hoo juga akan terbongkar dalam episod-episod seterusnya. Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi di 8TV, Cik Lam Swee Kim kata:
“Prince Hours mempunyai penamat cerita yang gembira menjadikan ia sebuah lagi drama yang wajib ditonton. Penonton-penonton pasti akan berasa puas dengan penamat cerita apabila Lee Joon meninggalkan istana dan menyertai kugiran, sementara Shin Sae Ryung menjadi guru sekolah, Yang Soon Ae menjadi Pengurus Dalaman Istana meninggalkan Lee Hoo menjadi Putera Mahkota.” Jelas Jadi jangan lupa tandakan kalendar anda bermula pada 26 Mac ini dan saksikan drama bersiri yang menarik ini eksklusif di 8TV atau secara alternatif di Astro saluran 708 pada jam 7 malam, setiap Isnin Isnin hingga Jumaat.”
[tags]drama PRINCE HOURS, Life Sex, Sex Offenders, Shameless, Self-Promotion, Shilebrities, Shopping Guide, Slut of the Day, Social Awareness, Soul Mates, St. Petersburg, Sticker Project, Stockholm, Teenage, Angst, lee hoo, lam swee kim, Myung Se Bin, Se7en, Kang Doo, Heo Yi Jae, Park Shin Hye, Chun Ho Jin[/tags]