Pada 6 Julai 2021, satu tarikh bersejarah bagi HUAWEI kerana sebanyak 6 produk utama Huawei telah dilancarkan melalui live streaming rasmi di laman Facebook HUAWEI Malaysia pada jam 7 malam tadi. Produk tersebut termasuklah 3 siri tablet HUAWEI MatePad terbaru, model terbaru telefon pintar HUAWEI nova 8i, 2 model terbaru jam pintar HUAWEI WATCH 3, fon telinga HUAWEI FreeBuds 4 serta 2 monitor berprestasi tinggi iaitu the HUAWEI MateView dan MateView GT. Wow! Pastinya nampak menarik dengan fungsi terbaharu yang lebih canggih, bukan?
Bagi peminat yang menunggu-nunggu jam pintar dari Huawei, model HUAWEI WATCH 3 dan HUAWEI WATCH 3 Pro akan mula berada di pasaran tempatan pada 7 Julai 2021 ini (esok) dengan masing-masing dijual pada harga RM 1,699.00 dan RM 2,199.00.
Manakala bagi barisan produk Huawei terbaru yang lain, ia boleh dipra-tempah bermula esok iaitu 7 Julai 2021 menerusi HUAWEI Store Online dan rakan stor HUAWEI yang terlibat seperti Lazada HUAWEI Flagship Store,Shopee HUAWEI Official Store dan Senheng.
Huawei Nova 8i Dengan Cip Snapdragon 662 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1299
Acara Huawei Pack Summer Product Launch menyaksikan pengenalan peranti pintar baharu, Huawei Nova 8i. Ianya merupakan telefon pintar HUAWEI baru yang pertama tahun ini.Sama seperti generasi sebelumnya, telefon pintar ini meneruskan tradisi Huawei yang menyasarkan kepada pengguna generasi muda. Antara tumpuan utama pada peranti adalah kuad-kamera dengan sensor utama 64-Megapixel, skrin bersaiz besar dan bateri dengan pengecasan pantas 66W.
Huawei Nova 8i Dalam Kemasan Interstellar Blue
Huawei Nova 8i dijual pada harga RM1,299 dan tersedia dalam tiga pilihan warna seperti Interstellar Blue, Moonlight Silver dan Starry Black. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi beberapa platform seperti kedai atas talian rasmi Huawei, Lazada, Shopee dan Senheng.
Sesi pra-tempahan akan dibuka bermula 7 Julai 2021 dan setiap pembelian didatangkan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM260 yang merangkumi HUAWEI Entertainment Gift set, HUAWEI Video (akses VIP 1 bulan), HUAWEI Cloud Storage (akses 1 bulan – 200GB) dan Muzik HUAWEI (3 bulan VIP langganan).
Untuk spesifikasi khusus, Huawei Nova 8i dilengkapi skrin bersaiz 6.67-inci dengan resolusi FHD+ (2376 x 1080 piksel). Seterusnya, ia juga dijana dengan cip Snapdragon 662, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapsiti 4,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W.
Sistem kuad-kamera di belakang terdiri dengan tetapan sensor utama 64-Megapixel. Kemudiannya, diikuti dengan tiga lagi lensa berbeza iaitu 8-Megapixel (ultra-lebar) dengan sudut pandang 120 darjah, 2-Megapixel (kedalaman) dan 2-Megapixel (makro).
Kamera swafoto pula adalah 16-Megapixel. Lain-lain spesifikasi termasuk – menjalankan Huawei App Gallery, sistem operasi EMUI 11, bluetooth 5.0, port sambungan USB-C, pengimbas cap jari sisi dan banyak lagi.
Siri HUAWEI MateView, siri HUAWEI Watch 3 dan FreeBuds 4 dilancar, harga serendah RM599
Selain dari pelancaran telefon pintar HUAWEI Nova 8i dan tablet HUAWEI MatePad, HUAWEI juga turut memperkenalkan beberapa gajet lain termasuklah siri HUAWEI MateView, siri HUAWEI Watch 3 dan HUAWEI FreeBuds 4.
Kali ini, HUAWEI melancarkan dua monitor iaitu HUAWEI MateView dan HUAWEI MateView GT. HUAWEI MateView adalah sebuah monitor dengan skrin bersaiz 28.2 inci beresolusi 3840 x 2560 dan nisbah aspek 3:2. HUAWEI MateView ini boleh disambungkan ke telefon pintar, komputer riba dan tablet HUAWEI secara wayarles.
Untuk HUAWEI MateView GT pula, ia adalah monitor pertama HUAWEI yang menggunakan skrin melengkung. Ia bersaiz 34 inci beresolusi 3440×1440 dengan nisbah skrin 21:9. Monitor ini menyokong kadar segar semula setinggi 165Hz dan sesuai untuk penggunaan gaming.
Selain monitor MateView, HUAWEI juga perkenalkan jam tangan siri HUAWEI Watch 3 yang terdiri dari dua model termasuklah HUAWEI Watch 3 dan HUAWEI Watch 3 Pro.
Jam tangan ini hadir dengan skrin melengkung dengan sarung besi tahan karat 316L. Ia juga dilengkapi butang ‘crown’ 3D yang menyokong kadar tekanan berbeza dan maklum balas haptik yang memudahkan penggunaan jam tangan ini.
Tambahan lagi, ia juga hadir dengan 100++ mod sukan berbeza, pengesahan jatuh dan fungsi pengawalan kesihatan lain. Yang terbaru, jam tangan ini kini boleh menyokong pengesanan suhu kulit.
Peranti yang terakhir pada acara pelancaran HUAWEI adalah HUAWEI FreeBuds 4. Fon telinga ini adalah seberat 4.1g sahaja namun menawarkan pelbagai ciri yang menarik. Antaranya adalah ciri pembatalan bunyi hingar aktif (ANC). FreeBuds 4 menggunakan Adaptive Ear Matching (AEM) untuk ciri ANC ini dan ia adalah fon telinga rekaan muat terbuka (open-fit) pertama dunia yang menyokong ciri ANC.
Ia juga turut menggunakan diafragma komposit Liquid Crystal Polymer (LCP) yang menjanjikan bunyi beresolusi tinggi. FreeBuds 4 juga mudah untuk disambungkan ke peranti HUAWEI yang lain.
Berikut adalah senarai harga produk serta hadiah percuma yang ditawarkan:
Produk manakah yang korang teringin sangat nak beli?