Kebenaran harus ditegakkan, kekejaman mereka harus dibongkarkan, dan peranan semua harus dimainkan dengan baik. Persoalannya, apakah yang sebenarnya berlaku di Palestin? Apakah peranan kita di sini? Sehubungan dengan itu, sebuah organisasi bukan kerajaan, MyFundAction telah menjalankan Program The Untold Story of Palestine pada Sabtu 5 Jun 2021. Program yang dikendalikan oleh Ahmad Muadz, Pengurus YOSH MyFundAction Cawangan Perak itu turut dihadiri oleh seorang warga Palestin yang merupakan admin Persatuan Friends of Palestine iaitu Leen Ahmad atau lebih mesra dipanggil Sister Leen.
Lebih 150 peserta yang hadir dalam program tersebut yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.
Kata Muadz, tujuan utama program ini adalah untuk memupuk kesedaran terhadap masyarakat Malaysia terutamanya golongan remaja tentang keadaan umat Islam di Palestin. Program diteruskan dengan Pelancaran Projek Edu Hub Palestine oleh YOSH MyFundAction.
Projek tersebut dijalankan untuk meluaskan pengetahuan masyarakat Malaysia terutamanya tentang apa yang berlaku antara Palestine dan Rejim Zionis.
Sewaktu program berlangsung, Sister Leen sempat menjelaskan keadaan di Palestin yang mana tentera Zionis giat menyerang penduduk Palestin di Sinwar terutamanya golongan perempuan dan kanak-kanak.
Tentera Zionis juga memungkiri janji dan mereka terus mengebom bangunan, menangkap dan mengganggu rakyat Palestin.
Meskipun begitu, ia tidak lah mematahkan semangat tentera Palestin malah Sister Leen berkata, “Walaupun mereka telah diserang berkali-kali oleh tentera Zionis, mereka masih kuat mempertahankan tanah mereka (Palestin) dan tidak akan pernah mengalah meskipun tentu saja mereka merasa kecewa, sedih, kehilangan, tetapi mereka tetap bersikap positif terhadap apa yang terjadi, ditambah pula kerana niat mereka yang sangat mulia iaitu untuk melindungi Al-Aqsa.”
Besar harapan sister Leen juga kepada kita rakyat malaysia adalah untuk sentiasa menyokong walaupun hanya berkongsi video di laman sosial, sentiasa mendoakan rakyat Palestin untuk terus kuat dalam mempertahankan tanah suci Palestin.