in

Candawara Aktif 5 Program Terbaru TV2

AKTIF 5 : CANDAWARA TERBAHARU TERBITAN RTM HIBUR PENONTON SETIAP HUJUNG MINGGU DI TV2

Tahun 2011 ini bakal dimeriahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan program-program menarik termasuklah program candawara yang berteraskan muzik di samping menerapkan unsur humor bertajuk Aktif 5 dipancarkan secara langsung dari Studio 1, Angkasapuri Kuala Lumpur bersiaran mulai 16 Januari lalu setiap Ahad, jam 9.00 malam yang menemui penonton TV2 dan Saluran Astro 180 Muzik Aktif.

Rancangan yang mencerminkan masyarakat majmuk rakyat Malaysia ini sepanjang sejam siarannya yang disiarkan secara langsung di hadapan penonton di dalam studio sebanyak 13 episod ini dikendalikan oleh Ahdan Salleh yang bertindak sebagai pengacara.

Seramai lima orang peserta akan mengambil bahagian pada setiap minggu yang mewakili komposisi kaum di Malaysia selain persembahan diiringin oleh kumpulan pemuzik seramai lima orang.

Program ini dibahagikan kepada lima pusingan termasuklah pusingan Irama & Lagu, Rentak Berentap, Tukang Muzik, Ajuk Sakan dan Satu-Satunya.

Pusingan Irama & Lagu dimana lima lagu akan dimainkan oleh band secara instrumental dan lima peserta perlu menyanyikan serangkap senikata lagu tersebut dan meneka tajuk lagu berkenaan. Lagu yang dimainkan adalah ciptaan tempatan seterusnya semua peserta akan melangkah ke pusingan ke-2 pula. Markah akan diberikan kepada peserta yang boleh menyanyikan dan meneka lagu.

Setiap minggu satu tarian dari satu kaum di Malaysia akan dipilih untuk dipersembahkan menerusi pusingan Rentak Berentap. Semua peserta dikehendaki menyertai kumpulan rentak berentap secara bergilir-gilir yang melibatkan seorang perekatari dan lima orang penari. Empat peserta terbaik akan mara ke pusingan ke-3.

Pusingan Tukang Muzik pula mengajak penonton bersama-sama peserta menghayati lagu yang akan dimainkan sebagai panduan. Empat peserta akan membuat cabutan menentukan ‘alat muzik’ yang akan digunakan dari alat muzik contohnya peralatan dapur yang boleh mengeluarkan bunyi. Pemarkahan diberikan kepada peserta yang ada “sense of music” dan boleh mengikuti rentak yang dimainkan. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan mara ke pusingan seterusnya.

Manakala menerusi pusingan Ajuk Sakan, sebuah band akan dipimpin oleh tiga pemimpin secara bergilir mengikut lagu. Semasa latihan, peserta akan diperdengarkan dengan lagu-lagu untuk dipilih yang akan digunakan semasa peserta menjadi pemimpin. Pemarkahan akan diberikan mengikut gaya dan bunyi muzik. Dua peserta akan mara ke pusingan berikutnya.

Pusingan akhir Satu-Satunya berkongsi dengan penonton gelagat dua peserta secara bergilir-gilir mempersembahkan bakat tersendiri bermain alat muzik sambil bernyanyi secara solo. Satu alat muzik sahaja atau apa-apa peralatan boleh digunakan sebagai muzik iringan. Peserta terbaik akan menjadi juara episod berkenaan. Menariknya setiap peserta boleh meminta bantuan seorang penonton di studio untuk membantu di dalam membuat persembahan. Contohnya menjadi penyanyi latar, penari, rakan duet atau bermain alat muzik.

Menariknya siaran pada 23 Januari 2011 (Ahad) ini turut mengundang artis yang penyanyinya baru mengecapi alam rumahtangga, Azlan & The Typewriter untuk menghiburkan penonton di studio dan di rumah sebagai memeriahkan program ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Mobile Phones Get Closer to Malaysians at 1 Utama

Sinopsis Teater Bangsawan Siti Zulaikha